Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Sunday, November 27, 2016

Militan Daesh terkepung di Mosul

27 November 2016
AFP - ASKAR AS menuju ke kenderaan mereka berhampiran kubu tentera Iraq di pinggir bandar Mosul kelmarin.

MOSUL – Tentera Iraq yang berusaha memerangi kumpulan militan Daesh di utara negara itu berjaya memutuskan laluan bekalan terakhir kumpulan tersebut ke Mosul kelmarin sekali gus menyebabkan mereka kini terperangkap di bandar berkenaan.

Sehari selepas jambatan utama merentasi sungai Tigris di Mosul dibom oleh pakatan diketuai Amerika Syarikat (AS), tentera elit di timur bandar itu dilaporkan turut berjaya mencapai perkembangan baharu.

Di barat Mosul, pasukan separa tentera Hashed Al-Shaabi pula mengambil langkah menyekat jalan di antara dua bandar menuju ke Syria, kata pihak berkuasa keselamatan.

“Kumpulan tentera Hashed Al-Shaabi kini menyekat jalan Tal Afar-Sinjar,” kata komander kanan kumpulan itu, Abu Mahdi Al-Mohandis di media sosial.

Bandar Tal Afar yang terletak kira-kira 50 kilometer di barat Mosul bagaimanapun masih di bawah kawalan kumpulan militan terbabit.

Tentera Iraq melancarkan serangan besar-besaran sejak 17 Oktober lalu bagi menawan semula Mosul yang merupakan bandar kedua terbesar negara itu iaitu lokasi pemimpin Daesh, Abu Bakr Al-Baghdadi mengisytihar dirinya sebagai khalifah pada 2014.

Mosul merupakan benteng terakhir Daesh di Iraq dengan kumpulan berkenaan sehingga kini masih bertahan di beberapa kawasan di bandar itu.

Meskipun kekurangan bekalan, militan Daesh dipercayai bergerak menggunakan terowong bawah tanah selain masih mempunyai pasukan penembak curi, memasang jerangkap samar selain anggota pengebom bunuh diri untuk menyekat kemaraan pasukan tentera Iraq.

“Kita telah membersihkan lebih 40 kawasan di sebelah timur,” kata Leftenan Jeneral Perkhidmatan Antikeganasan (CTS), Abdelghani Al-Assadi sambil menambah, pihaknya berjaya merampas semula kawasan kejiranan Aden. – AFP

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa