Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Tuesday, February 7, 2017

Jangan pula fitnah menjadi sinonim dengan parti itu......bikin malu ahlinya weeh!

Afnan Hamimi perlu sedar dosa fitnah walaupun terhadap bukan Islam
06 Februari 2017 | MALAYSIA DATELINE
Afnan Hamimi Taib Azamuddeen

Dakwaan ketua pemuda Pas Pulau Pinang Afnan Hamimi Taib Azamuddeen kononnya ketua menteri Lim Guan Eng tidak menyambung kontrak bekas Mufti Datuk Seri Hassan Ahmad kerana isu fatwa kalimah Allah adalah tidak berasas dan berunsur fitnah.

Malah dakwaan Afnan kononnya Ustaz Hassan membantah arahan ketua menteri supaya semua fatwa perlu dimaklumkan dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) juga berupa fitnah yang tidak sepatutnya dihamburkan oleh seorang berpendidikan agama, kata ahli exco kerajaan negeri Datuk Abdul Malik Kassim.

Dalam satu kenyataan media 4 Feb lalu, exco hal ehwal agama negeri itu menjelaskan kontrak bekas mufti itu telah disambung sebanyak empat kali sejak isu kalimah Allah tercetus dan perlantikan mufti baru tidak dirujuk kepada Guan Eng tetapi kepada penasihat umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Tuduhan itu fitnah dan berniat jahat terhadap ketua menteri, Lim Guan Eng. Sebagai seorang yang memahami ajaran Islam dan hukum-hakam, beliau sepatutnya memahami dosa fitnah," ujarnya.

Menurut beliau, fatwa kalimah Allah bersama 39 kalimah suci Islam yang lain telah diwartakan kerajaan negeri Pulau Pinang pada 29 April 2010 sewaktu Ustaz Hassan menjawat mufti negeri.  

Mufti baru, Datuk Dr. Wan Salim Wan Mohd Noor mengambilalih jawatan mufti pada 7 Jun 2014 iaitu selepas  4 tahun pewartaan kalimah Allah oleh kerajaan negeri. 
Dalam tempoh empat tahun, ujar Abdul Malik, Ustaz Hassan disambung kontrak pada setiap tahun iaitu sebanyak empat kali.

"Sebenarnya kebanyakan urusan untuk memartabatkan  hal ehwal agama Islam di Pulau Pinang, saya mendapat nasihat terus daripada Ketua Umum Keadilan, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Hal perlantikan Mufti, Yang Dipertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAINPP) dan Ahli Majlis MAINPP disyorkan dan diluluskan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim. Tidak ada sebarang campur tangan oleh Ketua Menteri, Lim Guan Eng," jelas Abdul Malik.

Beliau turut mengulangi penjelasan mufti negeri Dr Wan Salim bahawa Exco dan kerajaan negeri tidak pernah mencampuri urusan fatwa atau  menghalang sebarang pewartaan fatwa.  

"Kerajaan negeri tidak berhasrat untuk memanjangkan polemik yang tidak berasas ini.

"Sebagai seorang bergelar  ustaz, Afnan tidak sewajarnya membuat tuduhan semberono terhadap kerajaan negeri.

"Meskipun tohmahan itu ditujukan kepada pemimpin bukan Islam, Allah  melarangnya," tegas beliau.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa