Tuesday, February 7, 2017

'Sembang-sembang' PAS mengecewakan Bersatu: Dah tahu kaki kencing, kenapa diajak menari?

Bersatu kecewa dengan Pas
06 Februari 2017 | MUHAMMAD FAEEZ AZAHAR
Hamidah berucap dalam Ceramah Pakatan Harapan Selamatkan Malaysia di Batu Gajah

Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) meluahkan rasa kecewa terhadap Pas yang masih berdolak-dalik dalam kerjasama pakatan pembangkang.

Naib Presiden Bersatu Datuk Hamidah Osman berkata, setelah partinya mengadakan rundingan dengan Pas beberapa kali namun tiada sebarang kata putus yang berjaya dicapai.

Lebih mengecewakan kata beliau, Pas masih menganggap pertemuan sebanyak tiga kali itu hanya 'sembang-sembang' sedangkan telah mencapai beberapa persetujuan dan disampaikan kepada pimpinan tertinggi.

"Kita sudah berunding sebanyak tiga kali, dan rundingan tersebut telah bersetuju beberapa perkara dan dipersembahkan kepada pimpinan tertinggi parti masing-masing.

"Namun selepas pertemuan Pas mengeluarkan kenyataan ia hanya sembang-sembang sahaja. Kalau hanya nak sembang buat apa sampai tiga kali?," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Ceramah Pakatan Harapan Selamatkan Malaysia di Batu Gajah, semalam.

Hadir sama ialah Timbalan Pengerusi Amanah Negeri Perak, Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin; Ahli Parlimen Batu Gajah, V Sivakumar; dan Ketua Pemuda DAP Perak, Howard Lee.
Ceramah turut dihadiri Timbalan Pengerusi Amanah Negeri Perak, Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin; Ahli Parlimen Batu Gajah, V Sivakumar; dan Ketua Pemuda DAP Perak, Howard Lee.

Bekas Exco Kanan Kerajaan Negeri Perak itu turut kecewa apabila ada yang mempersenda usaha Bersatu dan pembangkang untuk menyatukan parti-parti pembangkang bagi menghadapi Umno BN.

Katanya, usaha ini bagi memastikan matlamat untuk memenangi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) lebih mudah dan mengelak kekeliruan rakyat.

"Kalau boleh kita mahu mengelak daripada berlakunya pertembungan tiga penjuru, kita berusaha untuk menyatukan pembangkang namun Pas mengelak dan bermain sandirawa.

"Usaha perundingan Bersatu ini membuka peluang untuk rakyat siapa sebenarnya Pas," tegasnya lagi.

Hamidah menyatakan, beliau sangat kecewa apabila Pas lebih cenderung kepada Umno-BN yang jelas gagal untuk mengurus tadbir negara.

Katanya lagi, tidak sewajarnya Pas hanya mamu memainkan peranan sebagai 'penasihat' kepada BN, sedangkan perjuangan parti itu sejak dari dahulu konsisten menentang BN khususnya Umno.

"Kenapa pula rakan kita dalam Pas mahu bersekongkol dengan Umno-BN, sewajarnya mereka bersama dengan pembangkang untuk menentang kezaliman BN," tegasnya.

1 comment:

  1. Dah jelas ruu 355 adalah kerjasama pas umno...pas pun belum cuci isu terima derma 90 juta dari najib..pas tak pedulikan kes 1mdb,kenaikan minyak masak dan minyak tak masak...jadi buat ape terhegeh2 nak kerjasama pemimpin2 pas...kempen ahli2 pas supaya tinggalkan pemimpin pas yg nak bekerjasama dengan perompak....pemimpin2 pas tetgila2kan kemewahan...teori politik matang dan sejahtera...cerdikkan sebagian ahli pas dah memadai sebagaimana cedikkan ahli umno yg diperbodohkan oleh pemimpn mereka...

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa