Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Tuesday, February 7, 2017

Konon alim tapi bongkak!

Konon alim tapi bongkak, kata Ibrahim pada kerajaan Kelantan

  | February 7, 2017
Datuk Ibrahim Ali berkata kerajaan negeri itu juga hanya berselindung di sebalik nama Islam semata-mata, dalam isu Orang Asli mempertahankan hak tanah mereka daripada pembalakan.
PETALING JAYA : Presiden Perkasa berkata kerajaan negeri PAS Kelantan angkuh, bongkak dan berlagak alim susulan tindakan meroboh dan membakar sekatan dibuat Orang Asli di Pos Cawas, Simpang Petei dan Pasik, semalam.
Datuk Ibrahim Ali berkata kerajaan negeri itu juga hanya “indah khabar dari rupa” yang berselindung di sebalik nama Islam semata-mata, dalam isu membabitkan Orang Asli mempertahankan hak tanah mereka daripada pembalakan.
Sehubungan itu, katanya Perkasa akan mengadakan jelajah bermula 17 Februari ini ke seluruh Kelantan untuk memperjuangkan hak Orang Asli dan berkempen menyelamatkan alam sekitar daripada pembalakan.
“Kerakusan yg berlaku atas nama kerajaan Islam amat memalukan dan mendukacitakan.
“Alam indah ciptaan Allah musnah oleh kepimpinan yang hanya pandai retorik,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Terdahulu, Ibrahim hadir memberi sokongan kepada masyarakat Orang Asli Gua Musang yang membuat laporan polis terhadap Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan (JPNK) berhubung isu meroboh dan membakar sekatan itu.
Orang Asli membina sekatan di Pos Cawas, Simpang Petei dan Pasik itu bagi menghalang pencerobohan dan pembalakan tidak terkawal.
Penduduk kampung Orang Asli dari Kampung Jader Pos Simpor dan Kampung Bering Pos Pasik membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Gua Musang jam 12 tengah hari tadi.
Turut serta ialah Pengerusi Jaringan Kampung Orang Asli Kelantan Azmi Badun dan Setiausaha Jaringan Kampung Orang Asli Kelantan Mustapa Along.
Sementara itu, Azmi dan Mustapa dalam kenyataan bersama mengecam Pengarah JPNK Datuk Zahari Ibrahim semalam yang menafikan jabatan itu membakar pos berkenaan dan mendakwa perbuatan itu dibuat Orang Asli sendiri.
Dalam kenyataan sama, Azmi dan Mustapa menafikan kebakaran itu dibuat Orang Asli dan ada saksi yang melihat JPNK sengaja membakar pos berkenaan.
“Pembakaran terbuka di hutan satu kesalahan kerana ia boleh merebak hingga memusnahkan alam sekitar,” kata mereka.
Pautan: 
Orang Asli Kelantan ada bukti Jabatan Perhutanan bakar pondok

Setiausaha Jaringan Kampung Orang Asli Kelantan berkata JPNK juga menimbus barang peralatan masakan mereka ketika melakukan operasi meroboh sekatan laluan pembalakan di situ.
Pasukan penguatkuasa hanya melaksanakan operasi perobohan tetapi tidak membakar pondok sesuka hati, kata Pengarah Zahari Ibrahim

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa