Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Saturday, February 8, 2014

Langkah Bijak Dari PAS

Sejukkan suasana dari kehangatan ciptaan golongan yang sukakan kacau bilau dengan provokasi melampau.....

Di sebalik provokasi kaum musuh politik, PAS turun padang jelas isu sebenar
OLEH SHERIDAN MAHAVERA
FEBRUARY 08, 2014
Pembantah menggunakan penyapu untuk mencalitkan darah ayam di kertas rentang dengan potret pemimpin DAP, ketika protes terhadap kepimpinan Melayu, Sultan Malaysia dan orang Islam di Malaysia, di Kuala Lumpur, 6 Februari, 2014. – Gambar The Malaysian Insider, 8 Februari, 2014.

Pada ketika kumpulan ekstremis Melayu cuba membangkitkan ketegangan kaum, parti Islam PAS turun ke padang, mengingatkan rakyat Malaysia agar memberi tumpuan kepada isu sebenar yang menghambat kehidupan mereka, seperti gaji rendah dan kenaikan kos kehidupan.

Parti itu melancarkan kempen bergelar 'Turun', bertujuan untuk menghimpunkan rakyat seluruh negara bagi memberikan tekanan kepada pentadbiran Barisan Nasional (BN) agar bertanggungjawab atas kenaikan kos kehidupan.
Ketua Penerangan PAS, Datuk Mahfuz Omar (gambar) mengatakan kempen 'Turun' akan menyaksikan jelajah dan perhimpunan di seluruh negara, sehinggalah perhimpunan besar-besaran 1 Mei yang melibatkan parti Pakatan Rakyat (PR) di Kuala Lumpur.
Ia juga dilihat sebagai usaha meluaskan sokongan parti itu di kalangan Melayu-Islam di kawasan pedalaman, dan kelas pekerja yang secara tradisinya merupakan penyokong kuat Umno.Kempen nasional itu merupakan salah satu daripada usaha PAS menyedarkan rakyat agar memberikan tumpuan kepada kesan polisi ekonomi Putrajaya melalui penyelasaran ‎subsidi.
"Isu peningkatan kos barangan sentiasa ada. ‎Ia tidak akan hilang," kata Mahfuz apabila ditanya sama ada isu ketegangan kaum dan agama menyebabkan orang ramai terlupa kebimbangan tentang inflasi.
"Tapi sudah tentu media arus perdana akan cuba memainkan isu perkauman untuk menutup masalah ini. Jadi kita akan jelajah seluruh negara untuk mengingatkan rakyat," kata Mahfuz apabila ditemui selepas pelancaran 'Turun' di Desa Pandan, Kuala Lumpur malam tadi. 
Pemimpin PAS yang ditemui juga mengakui kempen tersebut diadakan bagi melawan taktik menakut-nakutkan rakyat yang dimainkan oleh kumpulan pro-Umno terhadap orang Melayu-Islam.
"Ini permainan Umno," kata Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu dalam ucapannya semasa pelancaran kempen.
"Apabila rakyat mula marah dengan keadaan semasa, mereka mula mainkan isu perkauman."
Kenaikan harga barangan dan perkhidmatan adalah hasil daripada pemotongan subsidi petrol dan gula tahun lepas, serta kenaikan tarif elektrik yang bermula tahun ini.
Insiden provokasi kaum dan agama sejak beberapa bulan lalu dilihat sebagai usaha untuk menutup isu peningkatan inflasi.
Kemarahan awam terhadap peningkatan kos kehidupan bermula akhir tahun lalu, apabila lebih kurang 10,000 rakyat yang majoritinya anak-anak muda membanjiri Dataran Merdeka semasa sambutan ambang Tahun Baru untuk menyatakan bantahan mereka.
Selepas beberapa hari isu itu menghiasi dada akhbar, perhatian beralih kepada tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) merampas lebih 300 Bible berbahasa Melayu dan Iban dari Persatuan Bible Malaysia di Petaling Jaya.
Jais mengatakan rampasan itu merupakan sebahagian daripada usaha mereka menguatkuasakan enakmen 1988 yang mengharamkan penggunaan kalimah Allah bagi bukan Islam.
Penentangan terhadap rampasan Injil oleh kumpulan badan bukan kerajaan (NGO) dibalas dengan ugutan dari kumpulan ekstremis Melayu yang mengugut untuk mengadakan bantahan di gereja yang menggunakan kalimah Allah dalam upacara keagamaan mereka.
Tidak lama selepas itu, tumpuan awam beralih kembali kepada isu inflasi apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menggunakan 'kangkung' sebagai contoh harga barang turun dalam ucapannya.
Akan tetapi 'flash‎mob' berhubung isu kangkung oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) PKR, Lee Khai Loon di Pulau Pinang menyebabkan Umno negeri dan kumpulan Melayu lain mengadakan bantahan balas menggunakan retorik perkauman.
Perkara ini meleret sehingga sebuah gereja di Pulau Pinang diserang dengan bom koktel Molotov selepas kain rentang provokasi di gantung untuk membangkitkan kemarahan umat Islam.
Terbaru, sebuah bantahan diadakan di Kuala Lumpur menentang ahli Parlimen DAP Teresa Kok, berhubung video Tahun Baru Cina yang dikatakan menghina Melayu.
Dua ekor ayam disembelih dan darahnya dilumurkan di atas gambar wajah pemimpin Cina pembangkang dari DAP dan PKR.
Penganjur juga menawarkan RM500 kepada sesiapa yang berjaya menampar Kok atas video 'Onederful Malaysia CNY 2014' itu, dan kini tawaran dinaikkan kepada RM1,200 pada sebelah malamnya.
Walaupun insiden tersebut mendapat perhatian media, Ketua Pemuda PAS Titiwangsa, Mohd Suhaimi Abdul Aziz percaya kesannya hanya sedikit terhadap kehidupan seharian Melayu-Islam.
"Apabila kita turun ke bawah bertemu orang ramai, mereka hanya bercakap tentang peningkatan harga barangan. Terutamanya yang tinggal di bandar. Mereka tidak terpengaruh dengan provokasi sebegini.
"Kami akui perkara ini akan mempengaruhi sesetengah pihak, terutamanya golongan tua. Akan tetapi majoriti sedar semua ini hanyalah permainan politik," kata Mohd Suhaimi apabila ditemui.
Apa yang kumpulan ekstremis pro-Umno tidak sedar, kata Mahfuz, walaupun pelbagai provokasi dicetuskan, majoriti rakyat Malaysia tetap tenang dan tiada rusuhan berlaku.
"Saya fikir rakyat Malaysia sudah lebih matang daripada yang kita fikirkan. Sudah berlaku terlalu banyak insiden, akan tetapi rakyat tidak mempedulikannya."
Mohd Suhaimi menyokong ini berdasarkan pemerhatiannya tentang bagaimana kehidupan dalam masyarakat pelbagai etnik berjaya mencorakkan pandangan dunia unik majoriti rakyat Malaysia, terutamanya yang tinggal di bandar.
"Rakyat di bandar sudah menerima masyarakat Malaysia yang berbilang kaum dan agama. Mereka lebih mementingkan keharmonian antara komuniti dan menolak perpecahan. Provokasi kaum tidak memberi kesan kepada mereka." – 8 Februari, 2014.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa