Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, February 6, 2014

Pegawai TUDM Dibicara Kerana Membuat Laporan?

Adakah sebelumnya beliau diarah supaya tidak membuat laporan?
Bagi orang awam tidak menjadi kesalahan membuat sesuatu laporan yang kita rasa ada berlaku kesilapan atau kesalahan pihak lain dan menjejaskan kepentingan kita
Lebih-lebih lagi kalau melibatkan kepentingan awam
Adakah tentera dikecualikan dari tanggung jawab ini (kepentingan awam)? 

Lapor dakwat kekal, pegawai TUDM dibicara
mk - 10:00AM - 6 Feb 2014
Seorang juruterbang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) diperintahkan hadir di mahkamah tentera esok untuk menghadapi tujuh tuduhan membuat aduan berkaitan dakwat kekal yang digunakan dalam pilihan raya umum ke-13 (PRU13) tahun lepas.
Major Zaidi Ahmad (kanan) memberitahu media SelangorKini  bahawa beliau menerima perintah mahkamah tentera semalam dan perlu hadir di kompleks mahkamah TUDM di Pangkalan Udara Kuala Lumpur esok.

Lima daripada pertuduhan berkenaan di bawah Seksyen 50(2) Akta Angkatan Tentera 1972 manakala dua lagi membabitkan Seksyen 51 akta sama.

Seksyen 50(2) membabitkan kesalahan tidak patuh kepada pegawai atasan yang boleh dipenjara tidak lebih dua tahun, manakala Seksyen 51 pula tidak patuh kepada perintah tetap yang boleh dihukum penjara tidak lebih dua tahun atau hukuman ringan lain.

Semua kesalahan tersebut merujuk kepada 1 Mei, 2013, di dua lokasi berbeza - perkarangan balai polis ibupejabat polis daerah Kepala Batas dan di Pangkalan Udara TUDM Butterworth.
Ketika dihubungiSelangorKini , Zaidi berkata beliau adalah Pegawai Memerintah No 12 Skuadron (pesawat jet pejuang F-5), namun telah dilucutkan jawatan.

Katanya, beliau telah membuat laporan polis berhubung dakwat kekal Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang digunakan ketika hari pembuangan undi tidak kekal seperti yang sepatutnya.

Sehingga kini, katanya, beliau tidak dibenarkan terbang walaupun masih mendapat gaji dan elaun seperti biasa.


3 comments:

  1. Dh nasib lu bro....keje dh baik2 nk cari pasal...lu patut tau batas sbg seor pegwai tentera..isunya bukan sbb lu buat repot tu, tapi sbb lu engkar arahan pegawai atasan.. pasni boleh la join ceramah pr kt kajang ek....simpati kt lu...

    ReplyDelete
  2. Berani kerana benar perlu di pertahankan walau di aniaya.....

    Kita hidup bukan menongkat langit , yang ada ini pun tengah tunggu masa GOAL saja....

    Rezeki Allah SWT bagi , ada di mana mana tempat.

    Usah risau dan ber tawakkal pada Allah SWT.

    Kita bukan menongkat langit , hidup betkat.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa