Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, April 24, 2014

Aduuiii...Hancur Bila Yang Bukan Ahlinya Mengulas Tentang Keperayaan Dan Rahmat Allah

Pada aku 'RIP' adalah bukan semata-mata penghormatan dan simpati 
Tetapi ianya adalah doa!

Rasulalllah menghormati simati hanya dengan fizikal bukannya spiritual 'berdoa'
Pernahkah Rasulallah berdoa bagi memohon rahmat bagi simati yang bukan Islam?

Seingat aku Rasulallah pernah bersedih yang amat sangat bila Abu Talib, bapa saudara kesayangan Baginda meninggal dunia dengan tidak sempat bersyahadah dan baginda telah ditenangkan Allah dengan Wahyu

RIP, hanya ungkapan simpati dan empati dari rakyat prihatin

PETALING JAYA: Sepanjang zaman, ungkapan bagi musim perayaan seperti “Selamat Hari Deepavali” dan “Selamat Menyambut Krismas” telah mengundang kontroversi dengan hujah bahawa ia wajar dijauhi umat Islam.

Kontroversi ini dimainkan individu fanatik Islam serta juga pertubuhan-pertubuhan NGO.

Kematian bekas pengerusi DAP Karpal Singh turut menerima tempias kontroversi ini apabila ungkapan “rest in peace” (RIP) digunakan bagi meluahkan kesedihan.

Pada 12 Disember 2014, Majlis Fatwa Kebangsaan di dalam posting di blognya melarang umat Islam menggunakan ungkapan “RIP” bagi kematian penganut ajaran bukan Islam.

Majlis berpendapat ungkapan takziah kepada orang bukan Islam dibolehkan, tetapi ia harus menitikberatkan faktor kepercayaan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri bagi hal-ehwal agama, Datuk Seri Jamil Khir Baharom enggan mengulas tentang kenyataan ini samada ia pendapat atau fatwa. Namun, beliau berkata nasihat itu wajar dilaksanakan umat Islam.

Pengerusi dan Pengarah Barisan Kebangkitan Islam (IRF) Dr Ahmad Farouk Musa berkata: “Islam adalah agama yang menitikberatkan sikap menyayangi tetapi kita seolah-olah menggambarkan kebencian dan permusuhan. Bukan hanya kita bersikap kasar di dalam kehidupan harian, tetapi kita juga seakan tidak memaafkan si mati.

“Kita wajar turut berasa sedih atas kehilangan seorang negarawan yang telah banyak menyumbang tenaga bagi negara ini. Walaupun si mati mungkin berlainan pendirian politik, kita masih wajar mmenghormati prinsipnya serta semangat yang pernah ditunjukkan mendiang.”
Ahmad Farouk yang juga pakar bedah kardiothorasik merujuk isu RIP yang timbul di kala berita kematian Karpal Singh mula tersebar pada pagi 17 April.

Walaupun tulisan di blog itu dimuatnaik pada Disember 2013, majlis dilaporkan mengeluarkan fatwa melarang umat Islam menggunakan ungkapan “RIP” pada 17 April ketika ucapan takziah galak dikongsi di laman media sosial.

Bagaimanapun, pendapat bahawa fatwa itu dikeluarkan berikutan kematian Karpal telah diperbetulkan.

Ahmad Farouk berkata bahawa pada saat-saat kesusahan, kita sering cuba memikirkan ungkapan terbaik bagi meluahkan rasa simpati terhadap keluarga si mati.

“Bagi saya ungkap yang paling ringkas yang mampu difikirkan mungkin ‘rest in peace’. Ini bagi menenangkan keluarga si mati yang sedang murung dan kesedihan.

“Bagi saya, apa yang kita ucapkan itu ditujukan kepada yang masih hidup kerana si mati tidak dapat mendengar lagi. Tuhan yang mengadili kita atas segala yang kita lakukan di dunia,” katanya.

Ahmad Farouk berkata kita wajar mengingati dua insiden di dalam sejarah Rasulallah S.A.W. sebagai panduan di dalam perkara ini.

“Di dalam sepotong hadith, Rasulallah (saw) ditanya mengapa baginda tidak mencela golongan kafir, baginda bersabda: “Aku tidak diturunkan bagi mencela tetapi sebagai utusan kepada semua umat manusia.”

“Dan di dalam perang Badr, baginda mengingatkan rakan-rakan tidak menghamburkan kata-kata nista terhadap orang bukan Islam yang telah mati, kerana ia bakal menyinggung yang masih hidup. Jadi kata-kata begini ditegah,” katanya.

Majlis Fatwa menjelaskan bahawa ungkapan “Saya bersimpati dengan apa yang telah menimpa kamu” atau “kami turut bersedih dengan kehilangan ini” boleh diutarakan.

Ungkapan “rest in peace” bagaimanapun, didakwa berpunca daripada doa orang Kristian, terutamanya di kalangan penganut Katolik pada kurun ke-18.

“Ia selalu tertera di tanah perkuburan dan dikatakan bermula daripada ungkapan Latin, ‘Semuga rohnya dan semua roh yang berpisah dari jasad yang memuliakan Tuhan berehat dengan aman.’

“Ia mengandaikan bahawa orang bukan Islam akan mendapat rahmat Tuhan sebagaimana kepercayaan Latin,” kata tulisan diblog itu.

Lantas, orang Islam wajar menjauhi ungkapan sedemikian daripada digunakan ke atas penganut bukan Islam.

“Daripada pandangan Islam, penganut ajaran bukan Islam tidak akan mendapat rahmat Allah,” menurutnya lagi.

Ahmad Farouk mengulas: “Apabila kita gunakan “RIP”, kita rakamkan rasa hormat kepada si mati. Rasulallah (saw) sendiri bangun ketika menyaksikan majlis pengkebumian penganut ajaran Yahudi. Islam menghormati semua manusia, samada hidup atau mati.

“Bagaimana Tuhan mengadili kita semua bukan berada di dalam jangkauan fikiran manusia. Adakah Tuhan akan menghukum seseorang yang menentang kezaliman atau memberi ganjaran kepada umat Islam yang menzalimi orang lain sepanjang hidupnya? Ia keputusan Yang Esa. Kita tidak mampu menjangka keputusanNya.”

Persatuann Peguam Muslim Malaysia bagaimapaun berkata larangan “RIP” tidak pernah disertakan di dalam "Senarai Fatwa Malaysia" di peringkat kebangsaan mahupun negeri. Namun, di dalam ruang soal jawab blog itu, ianya disentuh.

Di dalam kenyataan akhbar PPMM, Datuk Zainul Rijal Abu Bakar berkata ia pendapat dan bukan fatwa. Ia tersebar bagi memberi gambaran salah bahawa pendapat itu dibuat ketika negara mengetahui tentang kematian Karpal Singh.

Dengan kuasa Internet dan laman media sosial, tiga perkataan yang diucap bagi meluahkan rasa simpati di atas kehilangan seorang tokoh politik mengheret hujah berbaur keagamaan.

Ahmad Farouk berkata: “Ia hanya ungkapan bagi meluahkan rasa simpati dan empati dari rakyat Malaysia yang perihatin.” - Sonia Ramachandran

7 comments:

  1. Ada banyak lagi ungkapan untuk menenangkan keluarga simati, tanpa menggunakan RIP. Kenapa tetap bertegas juga mempertahankan ungkapan RIP untuk simati? Adakah mereka yakin dan percaya bahawa roh simati akan tidak aman seperti kepercayaan islam, yg melibatkan adanya balasan baik dan jahat disiksa oleh malaikat di alam barzakh? Perlu dijelaskan iaitu ucapan RIP adalah ditujukan kpd simati itu, apa maknanya semua ini? Dlm kita hendak memelihara hubungan dgn ahli keluarga yg masih hidup, adakah kita menyarankan supaya mereka berehat dgn aman supaya lega melalui ungkapan RIP? Perkataan condolence adalah lebih menepati untuk menunjukkan simpati, kerana ada kemungkinannya mereka tidak memahami apa itu takziah. Condolence ditujukan kpd ahli keluarga, tetapi RIP ...? Kenapa dan siapa memaksa diri menggunakan RIP, melainkan ianya dibuat dgn rela hati atau sekadar lakonan semata-mata.

    ReplyDelete
  2. Pada 12 Disember 2014, Majlis Fatwa Kebangsaan di dalam posting di blognya melarang umat Islam menggunakan ungkapan “RIP” bagi kematian penganut ajaran bukan Islam.

    12 Disember 2014?
    Admin..tolong update semula

    ReplyDelete
  3. ELEH ANON 3:59PM BNDE REMEH PON NK KECOH..GUNE AKAL TU FIKIR

    ReplyDelete
  4. Salahkah gunakan RIP untuk simati? Bukankah ALLAH yang mencipta semua didunia ini, atau ada 2 TUHAN yang mencipta orang Islam dan bukan Islam. Hidup dan mati adalah kuasa tuhan. Hormatlah setiap ciptaanya, bila pandang rendah kepada mana-mana ciptaanya adalah seperti menyalahkan ciptaan ALLAH.

    ReplyDelete
  5. Mcm mana pulak fatwa terhadap si MAMPOSS yg kerjanya mmFITNAH tipu khianat RASUAH zalim lucah auta SANDIWARA yg sntiasa MENYUSAHkan ummah!?

    ReplyDelete
  6. hukum yang Allah perintahkan manusia buat tak pula ramai yang bersungguh nak pertahankan asyik bagi alasan aja

    ReplyDelete
  7. Mcm mana pulak fatwa terhadap si MAMPOSS yg kerjanya mmFITNAH tipu khianat RASUAH zalim lucah auta SANDIWARA yg sntiasa MENYUSAHkan ummah!?

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa