Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Wednesday, April 30, 2014

'Ikat perut anda'

'Ikat perut anda', bersiap sedia selamatkan MAS!

SEKILAS PANDANG: Menurut laporan Bloomberg pada 28 April lalu, MAS perlu bersedia untuk menanggung satu kerugian terbesar dalam krisis MH370 itu.
 
Walau bagaimanapun, gambaran yang lebih besar adalah lebih tepat dan sebaliknya.
 
Kerugian yang terbesar itu bakal ditanggung kerajaan Barisan Nasional yang dipimpin Umno yang dijangkakan akan menggunakan wang cukai rakyat.
 
Ia seolah-olah membawa maksud bahawa kerajaan  perlu membayar berbilion-bilion ringgit dalam usaha mempertahankan serta menyelamatkan syarikat penerbangan negara.
 
Dan rakyat Malaysia boleh menjangkakan sikap kerajaan seterusnya "berpura-pura" menjalankan "perniagaan seperti biasa" seperti tiada apa-apa yang berlaku, dengan syarikat kroni korporat terus merompak dana simpanan negara.
 
Sejak tiga tahun yang lalu, operasi dana aliran tunai  Malaysia Airlines (MAS) didapati telah jatuh merudum sekali gus mengalami kerugian dan ia seperti memerlukan syarikat pelaburan kerajaan Khazanah. Nasional Bhd untuk menyelamatkannya.
 
MAS mungkin akan mengalami kerugian paling teruk dalam sejarahnya susulan kehilangan pesawat penerbangan MAS sehingga kini, kerana kejadian itu akan mengakibatkan perpecahan syarikat penerbangan berusia 76 tahun yang dilihat tidak menguntungkan, menurut laporan Bloomberg.
 
Memetik laporan sebuah portal perniagaan, sebelum kehilangan MH370 pada 8 Mac lalu, MAS telah mengalami kerugian dianggarkan AS$1.3 bilion (RM4.25 bilion) dalam tempoh tiga tahun yang lepas dan sudah bergelut dengan peningkatan persaingan serta kos yang lebih tinggi.
 
Susulan kejadian itu, menurut laporan Bloomberg, syarikat penerbangan itu telah diletakkan di bawah penelitian dunia kerana menjejaskan reputasi serta diboikot ejen pelancongan di China.
 
Berdasarkan data carian yang telah berjaya dikumpul Bloomberg sebelum ini, maklumat yang diperolehi itu telah menunjukkan bahawa penganalisis telah mengunjurkan bahawa MAS dijangka mengalami kerugian sehingga 2016, pemerdagangan paling rendah sejak 2001 berkaitan dengan asetnya.
 
(Pasaran ditutup pada 22.5 sen pada 28 April)
 
Dalam perkembangan berkaitan,  satu laporan daripada Malayan Banking Bhd telah dipetik sebagai berkata bahawa satu-satunya cara bagi MAS untuk mengatasi masalah ini adalah untuk berpecah.
 
Langkah sedemikian membolehkan dikawal kerajaan dengan mengambilalih syarikat penerbangan  AS $1.3 bilion (RM4.2 bilion), kira-kira 10 peratus lebih tinggi daripada nilai pasaran syarikat itu minggu lepas, menurut laporan institusi perbankan itu lagi.
 
"Dalam persekitaran seperti ini, mereka mempunyai simpati seluruh dunia jika mereka (MAS) mahu melakukan penstrukturan semula," jelas James Lau yang telah membantu menguruskan AS$300 juta (RM978 juta) di Pheim Asset Management Sdn di Kuala Lumpur, memberitahu Bloomberg.
 
"Pemegang saham ingin melihat mereka mengambil keputusan yang sukar".
 
Bloomberg melaporkan bahawa kesan kehilangan MH370 sudah dilihat dengan China menerajui dan memboikot MAS.
 
Agensi pelancongan yang telah memboikot serta tidak menjual tiket penerbangan MAS antaranya ELong Inc dan Ly.com manakala sebuah laman web pelancongan Qunar Cayman Islands Ltd  dimiliki oleh Baidu Inc juga telah ikut serta memboikot MAS.
 
Maklumat diperolehi daripada data syarikat yang melakukan proses pemfailan menunjukkan bahawa terdapat banyak tempat duduk kosong dalam laluan-laluan  penerbangan antarabangsa MAS pada Mac itu yang rata-rata penuh 74 peratus, ia menunjukkan bilangan yang paling rendah dalam hampir dua tahun.
 
kira-kira 80 peratus secara purata kerusi dipenuhi dalam bulan yang sama pada 2013, kata laporan itu.
 
Syarikat penerbangan itu yang majoriti dimiliki oleh Khazanah, akan kehilangan  AS $346,000,000 (RM1.1 bilion) pada akhir tahun 2016, menurut penganalisis berdasarkan anggaran carian data yang dikumpul oleh Bloomberg.
 
Sementara itu, seorang penganalisis, Mohshin Aziz berpendapat ia tidak berjalan dengan lancar di Maybank di Kuala Lumpur.
 
"Melakukan perkara yang sama berulang-ulang kali dan mengharapkan hasil yang berbeza adalah suatu perkara tidak masuk akal dan sia-sia," ujarnya yang bekerja di Maybank, Kuala Lumpur.
 
Laporan Bloomberg sepadan dengan analisis diterbitkan  Reuters pada 26 Mac lalu, MAS mengalami kecairan tunai sebelum kehilangan penerbangan MH370 didorong dengan beberapa maklum balas menyatakan bahawa ia mungkin memerlukan Khazanah untuk menyelamatkannya.
 
Reuters melaporkan bahawa MAS telah mengalami aliran tunai negatif selama tiga tahun operasi  - yang bermaksud ia tidak menjana wang tunai yang mencukupi untuk memenuhi kos harian pengoperasian - dan telah mempunyai aliran tunai bebas negatif dan aliran tunai operasinya ditolak perbelanjaan modal selama enam tahun.
 
"Malah anggapan ini (one-off),  menyebabkan orang awam mula menyedari ia (syarikat penerbangan) berada di luar kawalan, kami menjangka beberapa bahagian tempahan akan menurun, masalah seterusnya dalam harga tiket dan - tanpa apa-apa perubahan kepada asas kos yang tinggi - MAS mungkin mengalami masalah lebih teruk berbanding pada 2013," ujar Timothy Ross.
 
Pada masa sama, beliau yang juga penganalisis pengangkutan Asia Pasifik di Credit Suisse itu turut meramalkan MAS dijangka mengalami kerugian dalam tempoh tiga tahun mendatang - sumber

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa