Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, April 17, 2014

Kehilangan MH370 Seperti Serangan Mengejut - Tentera China

Tentera China umpamakan kehilangan MH370 seperti serangan mengejut
SEKILAS PANDANG: Pencarian pesawat MAS 9M-MRO telah memasuki hari ke-40. Perang dingin AS-China semakin menular.
Akhbar rasmi tentera China Liberation Army Daily menerbitkan satu laporan yang mengumpamakan kehilangan MH370 seperti serangan ke atas Pearl Harbour.
Tidak wajar laporan tersebut dipandang sepi hanya kerana ia diterbitkan lidah rasmi angkatan tentera China.
Mengapa pula akhbar tersebut menampilkan laporan yang menyamakan kehilangan sebuah pesawart komersil dengan serangan Jepun ke atas pengkalan tentera Amerika Syarikat di Pearl Harbour?
“Hakikat bahawa pesawat komersil MAS boleh hilang menunjukkan kepada kita semua bahawa serangan mengejut boleh dilakukan di bumi ini,” komen penulisnya Fang Xing.
Komen yang agak panjang itu bagaimanapun tidak menyentuh isu utama berhubung MH370. Ia hilang pada jam 1.07 pagi 8 Mac lalu.
Ia membawa 239 penumpang dan kru penerbangan ke Beijin dengan muatan kargo yang dirahsiakan MAS serta kerajaan Malaysia.
Tentu sekali, kerana alasan diplomatik, China tidak akan bertanya soalan sensitif sebegini (walaupun mereka patut melakukannya):
Ø Laporan unit risikan Russia yang mendakwa MH370 membawa muatan yang mendatangkan syak. Apa agaknya? Kerana tidak mahu berspekulasi, theantdaily bertanya: Adakah MH370 membawa alatan nuklear atau sentrifugal?
Ø Liberation Army Daily membayangkan serangan mengejut. Siapa pula yang mahu menyerang pesawat komersil Malaysia? Adakah ia menjurus kepada dakwaan MH370 diserang atau dirampas kerana membawa muatan kargo ke China?
Komen ini berkata China dan negara-negara lain akan menggunakan kerjasama mereka sekarang bagi menjalin hubungan agar peristiwa sebegini dapat dielakkan.
Angkatan Tentera China dicadangkan belajar tentang pengawasan kerana Malaysia gagal bertindak terhadap pesawat yang terbang jauh daripada arah penerbangannya ke Beijing.
Mengapa angkatan tentera? Bukankah ia pesawat penumpang?
Lagi tulisan Liberation Army Daily: “Kehilangan pesawat MAS ini mungkin menjadi acuan bagi pencetus peperangan dan pengganas.”
“Dua pertiga daripada 227 penumpangnya terdiri warga China. Jadi pihak kerajaan perlu menjaga kepentingan rakyatnya. China berperanan utama di dalam pencarian tetapi sumbangannya dipertikai. Ini bukan setakat berkenaan jumlah pesawat atau kapal perang sahaja.”
Liberation Army Daily menambah: “Jangan diperkecilkan pertentangan pendapat berhubung peristiwa kehilangan pesawat MAS ini. Ia mungkin menjadi contoh pertembungan pendapat bagi operasi ketenteraan yang tidak berlandaskan peperangan.”
Bukanlah itu petanda jelas Perang Dingin di antara China dan AS?
Malangnya Malaysia tersepit di celahnya. - sumber

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa