Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Wednesday, April 23, 2014

Mahathir Kata Kat Siapa Ni?

Dirinya sendiri dulu ke?
Atau sindir Najib tapi dia pun sama terpalit taik gak!
Begitulah bila bekas pemimpin nyanyuk membuka mulut
Isi perut sendiri juga yang terbarai!

Kuasa mutlak punca korupsi tidak terhad, kata Dr Mahathir
OLEH JAMILAH KAMARUDIN
APRIL 23, 2014
Tun Dr Mahathir Mohamad mendapati teguran pihak ketiga dan pihak tidak berkepentingan biasanya lebih ikhlas dan perlu ditimbang secara serius

Tun Dr Mahathir Mohamad mengingatkan pemimpin supaya tidak menganggap diri mereka mempunyai kuasa mutlak sehingga berani menyalahgunakannya kerana kebal daripada tindakan undang-undang.
Menurut bekas perdana menteri itu, jika seseorang pemimpin hendak berkuasa lama, jangan menyalahgunakan kuasa diberi walaupun ada yang menasihati mereka kebal sehingga tiada yang berani menegur.
"Kuasa membawa kepada korupsi dan kuasa mutlak akan menyebabkan korupsi yang tidak terhad.
Dr Mahathir merupakan perdana menteri keempat Malaysia dan merupakan yang paling lama berkhidmat iaitu selama 22 tahun."Bangsa yang korup dan negara yang terkenal dengan bangsa yang korup tidak mungkin maju bahkan akan runtuh," katanya melalui tulisan di blognya www.chedet.cc.
Dr Mahathir mengakui di Malaysia sudah menjadi satu budaya apabila orang berkuasa lebih berkuasa kerana tidak ada sesiapa berani menegur, malah mampu bertindak apa sahaja termasuk yang tidak benar.
"Hanya jika diadakan pemilihan oleh rakyat atau pengikut barulah ketidakpuasan hati mereka dilahirkan.
"Walaupun demikian faktor lain sering menenggelamkan faktor salah guna kuasa," katanya.
Beliau turut mendakwa golongan pengampu yang menjadi penasihat dan orang keliling menjadi punca salah guna kuasa  pemimpin.
Katanya, golongan ini akan cuba mendekati dan mempengaruhi pemimpin yang mempunyai kuasa sehingga pendapat mereka sahaja diterima.
Tambahnya, apabila ini berlaku maka kuasa yang didapati oleh golongan pengampu ini begitu besar sehingga tiada pendapat atau nasihat lain yang akan diterima.
"Malangnya yang kerap berlaku apabila seseorang atau sekumpulan orang keliling sudah dapat menguasai fikiran dan tindakan orang berkuasa, maka bermulalah usaha untuk memperalatkan orang berkuasa untuk kepentingan diri," katanya.
Perkara itu diakui Dr Mahathir semasa beliau menjadi pemimpin apabila jarang mendengar teguran bernas melainkan daripada musuh dan parti lawan.

"Saya dapati teguran pihak ketiga dan pihak tidak berkepentingan biasanya lebih ikhlas dan perlu ditimbang secara serius," katanya. – 23 April, 2014.

1 comment:

  1. matde pun berkata kata tapi dia pun banyak yang lupa bila ditanya sebab terlampau lama berkuasa
    matde bab dunia pun tak betoi bab akhirat pun tak boleh diharap

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa