Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Wednesday, April 23, 2014

Hai Cerdik Sangatlah Tu.......Benih Dosa Yang Dia Semai Dikatakan Orang Lain Yang Dapat Hasilnya!

Dia dah terlebih cerdik.....
Ilmu dari guru mana dia belajar?
Kalau private sekali pun kalau dah tersiar di alam maya boleh nak sorok?
Lagi pun pengikut dia ni hanya terdiri dari perempuan dan muhrim sajakah?
Gambarnya ni, wartawan hiburan pun tak tergamak untuk di publish sepenuhnya (tengok ori post kat sini) dari mStar
Cukup sopan bagi seorang yang mengaku Muslim.....

"Mereka Yang Dapat Dosa" – Rabecca
 FERIDE HIKMET ATAK
PETALING JAYA: Pelakon Rabecca Nur Al-Islam menjelaskan gambarnya yang dimuat naik di Instagram miliknya bukan untuk tontonan umum tetapi ia hanyalah untuk pengikut istimewanya sahaja kerana akaun berkenaan adalah
private.


Rabecca , 28, berkata, dia kecewa apabila ada pengikutnya yang tidak bertanggungjawab menyebarkan gambar dia berbaju ketat untuk dijadikan bahan kutukan.
 “Instagram saya adalah ‘private’ dan ia hanya boleh dilihat oleh pengikut-pengikut saya sahaja. Saya tidak buka ia untuk orang ramai.
 “Penyebaran gambar itu dibuat sendiri oleh pengikut saya. Kerana itu, masyarakat luar mendapat dosa percuma daripada Tuhan,” katanya menerusi akaun Instagram miliknya pada petang Selasa.
jihug
Gaya Rabecca disamakan dengan watak kartun Teletubies.
Rabecca meluahkan rasa kecewa selepas gambarnya yang berpakaian seperti sejenis sut ketat berwarna merah dengan imej bertudung disebarkan kepada umum pada Ahad lalu.

Gambar tersebut mengundang kritikan hebat daripada masyarakat sehingga dia disamakan seperti watak dalam cerita kartun Teletubies.
Pelakon itu turut dikecam memandangkan dia sebagai wanita yang bertudung tidak patut berpakaian sehingga menampakkan bentuk tubuh badan.
Dalam pada itu, Rabecca turut berkata, sebagai seorang wanita yang baharu berhijrah iaitu memakai tudung, dia juga sedang berusaha dalam menjadi seorang Islam yang lebih baik.
“Saya sendiri sedang berusaha menjadi seorang Islam yang lebih baik. Insya-Allah. Tiada siapa yang sempurna,” ujarnya.

7 comments:

  1. Betul tiada siapa yg sempurna, TETAPI kita jgn MENAMBAH ketidak sempurnaan itu menjadi lebih tak sempurna.

    ReplyDelete
  2. Lain benar cara dia berusaha utk menjadi yg lebih baik. Seeloknya minta pendapat dulu sebelum pakai. Tapi suami tak kesah kot....sb dia yg tanggung dosa.

    ReplyDelete
  3. Alaa bogel jer terus ..kalau nak sgt tunjuk tubuh bdn..nanti ramai lh yg nak tengok..cepat popular x payah susah2..

    ReplyDelete
  4. Nasib baik dia tidak berpakaian seperti bayi semasa sedang dilahirkan, kerana bayi itu masih suci dari sebarang dosa.

    ReplyDelete
  5. Baguslah dia nak berubah ke arah yang baik, tapi bila tengok pakaiannya sebegitu, tiba-tiba pulak rasa terangsang! salah mata aku ke, atau cara dia berpakaian?

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa