Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Wednesday, April 23, 2014

Bengong Tak Bertempat: Kritik Rakan Melalui Lidah UMNO?

Siapa yang patut dipecat atau diberikan 'Surat Tunjuk Sebab' sebenarnya?
Adakah itu tugas Hu yang masih lagi belum Islam itu?
Orang muda yang gopoh atau orang muda yang bodoh?

'Kalau saya anti-hudud, saya tak masuk PAS'
Ketua Dewan Himpunan Penyokong PAS Hu Pang Chaw berkata bahawa beliau enggan memikul tanggungjawab untuk menjelaskan isu hudud kerana tidak cukup pengetahuan berhubung undang-undang Islam tersebut.

Jelasnya lagi, beliau tidak bertindak demikian kerana menentang hudud, seperti didakwa oleh ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Kota Bharu, Dr Rosli Alani.

"Kalau saya anti hudud takkan saya masuk PAS. DHPP tidak relevan untuk memberikan penerangan hukum hudud itu kepada bukan Islam.
“Seperti di Kelantan, rakyat sudah memilih PAS dan bagi DHPP adalah wajar pucuk pimpinan dan wakil rakyat yang memainkan peranan itu," jelasnya.

Beliau menjelaskan demikian melalui perbualan telefon dengan anggota jawatankuasa PAS pusat, Khalid Samad dalam satu sidang media hari ini.

Perbualan tersebut dihebahkan melalui pembesar suara dalam sidang media tersebut.

Beliau mengulas gesaan Rosli, seperti dilaporkan lidah parti Umnohari ini, agar beliau dipecat kerana enggan memainkan peranan bagi hu

Menurut laporan itu, Hu enggan menjalan tugas tersebut kerana cadangan pelaksanaan hudud itu didakwa “diputuskan oleh PAS tanpa mengambil kira pandangan rakyat”.

Hu dalam perbualan telefon hari ini berkata, beliau menerima kritikan Rosli itu dalam semangan demokrasi dalam PAS.

"Saya fikir ia satu demokrasi beliau boleh tegur saya demikian saya boleh jawab," katanya dalam bahasa Inggeris.

Dalam sidang media sama, Khalid berkata beliau menyokong pendapat Hu kerana tanggungjawab memberi pemahaman itu jatuh pada mereka yang berilmu dalam undang-undang hudud.

"Dr Rosli sepatutnya mendengar dulu penjelasan Hu. Kalau saya cakap pasal Hudud pun orang akan pertikaikan sebab kata saya bukan Ustaz, apatah lagi dia (Hu)," katanya.

Penjelasan berkenaan adalah berhubung usaha kerajaan Kelantan untuk mengemukakan dua rang undang-undang persendirian ke Dewan Rakyat, melalui ahli parlimennya, bagi membolehkan Kanun Jenayah Syariah II yang diluluskan oleh DUN Kelantan dilaksanakan di negeri itu. - mk

2 comments:

  1. Abe,

    Ini masaalah puak PAS. Yang l3bih malang KP KB ni orang yang berpendidikan tinggi boleh m3nghidapi p3nyakit susah nak faham apa yang dikata oleh DPHH didalam bahasa malaysia atau memang mempunyai masaalah tidak berapa pandai m3mbaca.

    Saya juga membaca kom3n ketua DHPP yang dilapor di blog lain.

    Empunya diri juga merupakan individu yang kontroversi dimana beberapa tahun dulu kecoh didada akhbar pasal masaalah rumahtangga.

    Sed8h Abe....ambo sedih...

    ReplyDelete
  2. Jika nak kira bijak dan berwibawa Sdr Hu Phang Chaw lebih berotak dari dr kangkung ini.....
    Pesan RasulAllah bertanya dan belajarlah pada yang ahli...
    Tokwan ras asd Hu Phang Chaw tahu dia bukan ahli dan LEBIH BERTANGGUNG JAWAB untuk tidak mengelirukan......
    KP KB inilah antara spesis perosak perjuangan.
    Tokwan amay menyokong Sdr Hu Phang Chaw biar yang ahli memebri penerangan....

    Tokwan perak

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa