Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Saturday, April 26, 2014

Adakah Hudud Akan 'Lepas' Di Parlimen?

Pada aku, aku cukup percaya dan yakin Hudud tidak akan mendapat sokongan secukupnya di parlimen

Exco agama Kedah sokong hudud
April 26, 2014
Mohd Rawi Abdul HamidPETALING JAYA:  Exco agama Kedah, Datuk Mohd Rawi Abdul Hamid berkata, orang Melayu secara umumnya boleh menerima hukum hudud sebagaimana yang mahu dilaksanakan oleh PAS di Kelantan.
Bagaimanapun, beliau memberi amaran bahawa hudud bukan untuk kepentingan poltiik.
“Saya rasa orang Melayu termasuk Umno dan atas pagar, apatah lagi orang PAS boleh menerima hudud.
“Tetapi kalau Umno tidak sokong tidak akan jadi kerana PAS hanya ada 21 kerusi parlimen manakala Umno 88.
“PAS tidak cukup kerusi nak buat hudud,” tambah beliau lagi.
PAS Kelantan akan membentang rang undang-undang di parlimen Jun ini bagi membolehkan hudud dilaksanakan di negeri itu.
Bagaimanapun, Pakatan Rakyat terutama DAP menentang langkah Kelantan itu.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, Umno tidak menentang hudud yang mahu dilaksanakan oleh PAS.
Mengulas lanjut, Mohd Rawi berkata, beliau berkata, hudud yang mahu dilaksanakan itu menjadi kenyataan dan berjalan lancar.
Beliau menambah, tidak semestinya hudud akan dilaksanakan segera kerana ia memerlukan masa untuk berbuat demkian.
“Saya rasa 1 Januari 2015 belum buat lagi…ada banyak masa lagi,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa