Yang aku nampaknya telahan Husam itu ada benarnya
Belum ada institusi bersesuaian untuk hudud
PAS harus berbincang dengan pimpinan PR sebelum bentang Enakmen Jenayah Syariah II Kelantan 1993
UPDATED
PETALING JAYA: Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi bayangan bahawa hudud belum sesuai dilaksanakan dalam negara kerana ketiadaan institusi bersesuaian.
Menurut Anwar, PAS seharusnya berbincang dengan pimpinan Pakatan Rakyat (PR) sebelum membentangkan Enakmen Jenayah Syariah II Kelantan 1993 di Parlimen.
“Kita tidak boleh membayangkan situasi apabila kita cuba laksanakan sesuatu yang kita anggap penting kepada agama, sedangkan tiada institusi untuknya,” kata Anwar dalam satu sidang media di Ibu Pejabat PKR hari ini.
Tambah Anwar, sistem kehakiman yang tidak bebas juga menyukarkan hudud untuk dilaksanakan dalam negara.
“Kita tidak boleh bicara soal hudud sedangkan sistem penghakiman kita masih tidak bebas.
“Siapa yang akan laksanakan hudud? Hakim bagaimana? Adakah mereka bebas?” katanya lagi.
Anwar juga menambah PAS perlu membincangkan lebih lanjut isu perlaksanaan hukum hudud di peringkat pimpinan PR.
“Dan tentunya dalam soal hudud ini, pendirian PAS yang konsisten menjadi kontroversi kerana mahu membawa rang undang-undang persendirian ke Parlimen.
“Sebab itu kita putuskan ia dibincangkan di Majlis Pimpinan PR,” kata Anwar.
Anwar turut mengulangi pesanan untuk pimpinan PR tidak terheret dengan permainan Umno – Barisan Nasional dalam isu ini.
Isu hudud ini timbul kembali apabila kerajaan negeri Kelantan bertegas untuk melaksanakan Enakmen Syariah Kelantan II yang diumumkan melalui Menteri Besarnya Datuk Ahmad Yakob.
Walau bagaimanapun, DAP bertegas menentang perlaksanaan hudud kerana bercanggah dengan Perlembagaan Perseketuan selain bertentangan dengan kepentingan nasional.
perkara baik jadi baik kerana kebaikannya.
ReplyDelete