Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Friday, April 25, 2014

Dah Diberi...., Suka Akulah Nak Buat Apa!

Ku Nan: Ramai salahguna BR1M termasuk berjudi
Hasrat kerajaan untuk meringankan beban rakyat terutama golongan berpendapatan rendah melalui pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) tidak tercapai sepenuhnya.
    
Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata beliau kesal ramai penerima menggunakan bantuan itu untuk tujuan salah termasuk berjudi.
    
"Dapat sahaja BR1M, kafe siber di ibu kota ini penuh. Kenapa? Ramai yang pergi main judi (dalam talian).
    
"Kompleks beli belah penuh, semua pergi shopping macam-macam yang tak patut," katanya ketika berucap di majlis penyampaian Anugerah Pelajar Cemerlang (APC) Wilayah Persekutuan 2014 semalam.

Sehubungan itu, Tengku Adnan yang juga setiausaha agung Barisan Nasional turut membayangkan pembayaran BR1M pada masa akan datang dibuat secara bulanan untuk memastikan bantuan itu diguna sebaik-baiknya.

"Kita masukkan BR1M ini dalam akaun penerima, bila sampai masanya baru mereka akan keluarkan wang itu," katanya.
    
Pemberian BR1M 2014 kepada isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 dan ke bawah dinaikkan daripada RM500 kepada RM700 merangkumi RM650 dan Insurans Takaful Berkelompok Rakyat 1Malaysia (i-BR1M) sebanyak RM50.
    
Bagi individu bujang berumur 21 tahun dan ke atas yang berpendapatan tidak lebih RM2,000 sebulan, nilai bantuan dinaikkan daripada RM250 kepada RM300.
    
Sebagai tambahan, buat pertama kalinya BR1M diperluaskan kepada isi rumah yang berpendapatan bulanan antara RM3,000 dan RM4,000 dengan nilai bantuan RM450.
    
Di majlis itu, 500 anak-anak Wilayah Persekutuan dari Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan yang cemerlang dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), Penilaian Menengah Rendah (PMR), Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) diraikan.
    
Setiap pelajar menerima sijil penghargaan bersama Sijil Simpanan Premium (SSP) Bank Simpanan Nasional bernilai RM100 bagi pelajar UPSR, PMR (RM150), SPM
(RM200) dan STPM (RM250). - mk

2 comments:

  1. Bnyk lagi kerja org kat agency kerajaan nak buat oiiiii.sedap nko jer nak suruh masuk ikut bulan2 70 hengget.bodo apooo..ntah laa penyakit lembu gila mana dok sangkut kat menteri n org umngok skrg neh

    ReplyDelete
  2. aku setuju, masuk setiap bulan, kalau boleh bagi RM 3,100. Senang sikit pengganggur macam aku ni, RM 650 mana cukup!! BODOH!
    setahun bagi 650 =54.16sen.
    Aku nak makan apa!

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa