Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Tuesday, April 22, 2014

Bukan Islam Cuba Tunjuk Pandai Menilai Islam?

Mereka hanya mampu menilai yang berasaskan logik bukan spiritual.....
Tapi memang padan dengan jawapan LPF - 'Ia adalah bagi melindungi sensitiviti dan keharmonian masyarakat berbilang kaum dan agama di negara ini'

Pengharaman filem ‘Noah’ tindakan sia-sia
KOMEN: Baru-baru ini, filem terbaru Darren Aronofsky "Noah" telah diharamkan di Malaysia dan juga di beberapa negara Islam. Filem yang ditayangkan di pawagam pada 28 Mac ini juga telah dikatakan membawa gambaran sangat sensitif mengenai seorang nabi dalam agama Islam.
Filem yang dibintangi pemenang anugerah Oscar Russell Crowe sebagai Noah adalah penceritaan semula kisah Old Testament mengenai bahtera Nabi Noh, dan mempunyai tema kemusnahan, tetapi adakah ia benar-benar berdasarkan kepada kisah dalam Bible?
Aronofsky berkata bahawa filem itu tidak begitu banyak diadaptasi dari kisah Bible, seperti yang diandaikan mereka yang belum menonton filem ini, dan segmen tertentu cerita ini sebenarnya datang dari imaginasinya.
Tidak kira apa penjelasan Aronofsky ini, filem tersebut telah diharamkan di negara-negara Islam kerana memaparkan seorang nabi dalam seni, yang dianggap tidak menghormati Islam.
Kristian dan Islam mempunyai kepercayaan yang berbeza tentang Nuh. Lebih penting lagi adalah orang Islam berpandukan al-Quran.
Seperti yang dijangka, orang bukan Islam meminta sama ada sesiapa perlu bimbang tentang filem itu, kerana pengarahnya telah menjelaskan bahawa ia tiada kaitan dengan ajaran di dalam Bible, tetapi adalah hanya cerita yang dicipta dari imaginasinya.
Tetapi penulis skrip Kristian, Brian Godawa telah menyifatkan filem Aronofsky yang menelan belanja $160 juta dolar itu sebagai "taksubkan alam sekitar" dan memberi amaran bahawa ianya tidak memaparkan Noah yang dianggap Tuhan sebagai seorang yang soleh dan pengikut-Nya yang sebenar.
Seperti yang diceritakan dalam Bible, Noah dianggap sebagai seorang lelaki yang tidak melakukan dosa di kalangan masyarakat yang kerap melakukan dosa. Pada suatu hari, Tuhan berfirman kepada Noah, memberinya arahan yang sangat khusus untuk membina sebuah bahtera sebagai persediaan menghadapi banjir besar yang akan memusnahkan setiap kehidupan di muka bumi. Noah telah diarahkan untuk membawa semua ahli keluarganya menaiki bahtera itu, dan sepasang dari setiap jenis haiwan untuk menyelamatkan mereka daripada banjir.
Dalam Al-Quran, Nuh dianggap sebagai salah seorang nabi terawal yang dihantar oleh Allah untuk menyelamatkan manusia dari dosa dan kemusnahan. Ia adalah sama dengan versi Bible, di mana beliau membina bahtera itu bagi menghadapi banjir besar Allah.
Jadi mengapa filem ini diharamkan di Malaysia? Pengerusi Lembaga Penapis Filem (LPF) Abdul Halim Abdul Hamid menjelaskan: "Ia adalah bagi melindungi sensitiviti dan keharmonian masyarakat berbilang kaum dan agama di negara ini.
"LPF telah memutuskan bahawa mana-mana filem yang menunjukkan ilustrasi atau wajah seorang nabi adalah melanggar garis panduan penapisan filem Kementerian Dalam Negeri.
"Keputusan ini juga adalah selaras dengan garis panduan penapisan bahan penyiaran yang bersifat Islam yang dikeluarkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim)," katanya dalam sebuah kenyataan.
Selama bertahun-tahun, banyak filem bertemakan Kristian telah ditapis oleh LPF termasuk 'Passion of the Christ' yang diarahkan oleh selebriti Hollywood, Mel Gibson.
Hakikatnya adalah bukan sahaja filem berasaskan agama telah diharamkan, tetapi banyak filem lain juga telah diharamkan dari ditayangkan di negara ini atas pelbagai sebab, seperti menggunakan kata-kata lucah, adegan seks, elemen-elemen seram dan sebagainya.
Persoalan yang sering diajukan rakyat Malaysia ialah sama ada wajar bagi begitu banyak filem ‘box-office’ diharamkan.
Bukankah kita rakyat Malaysia sudah cukup matang untuk menilai kandungan filem dan menghakiminya sendiri, dan tidak dinafikan daripada menonton blockbuster Hollywood, hanya kerana beberapa elemen dalam filem itu sedikit menyinggung?
Mungkin tindakan menapis bahagian yang kontroversi adalah lebih wajar, daripada terus mengharamkan filem itu.
Adakah kita rakyat Malaysia akan melancarkan perang terhadap satu sama lain hanya kerana sebuah filem tentang Nuh/Noah? Bukankah pengarahnya telah menerangkan dengan jelas bahawa ia tidak seperti yang kita fikirkan?
Lagipun, adalah tidak masuk akal untuk filem ini diharamkan sewaktu kita boleh memuat turun filem ini dengan mudah secara percuma atau membeli DVD-nya, tetapi ia tidak sama dengan pengalaman menonton di panggung wayang, tidakkah begitu?

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa