Utusan Malaysia tidak bercakap bagi pihak rakyat Malaysia
KOMENTAR OLEH THE MALAYSIAN INSIDER
APRIL 27, 2014
Presiden Amerika Syarikat Barack Obama (kiri) bertemu dengan Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Razak (kanan) di Bangunan Perdana Putra di Putrajaya hari ini. – Gambar Reuters, 27 April, 2014.
Presiden Amerika Syarikat (AS) Barack Obama berada di Malaysia hujung minggu ini untuk bertemu beberapa pemimpin serta melawat beberapa tempat, sejak 48 tahun selepas lawatan kali terakhir presiden negara itu ke Malaysia.
Akhbar Umno, Utusan Malaysia berkata rakyat Malaysia lega apabila Obama tidak bertemu Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.
"Seperti juga di AS, rakyat Malaysia mahukan pemimpin yang bermoral, bersih dan berwibawa, bukannya ikon yang songsang," kata Awang Selamat dalam ruangannya dalam edisi Ahad Mingguan Malaysia hari ini.
Kenyataan itu dikeluarkan akhbar sama yang melaporkan sebelum ini CIA berkemungkinan terlibat dalam kehilangan pesawat MH370.Awang Selamat turut menyindir Anwar yang hanya dapat bertemu Penasihat Keselamatan AS Susan Rice dengan mengatakan perjumpaan itu sekadar menepati dasar keterbukaan negara itu.
Namun mari kita jelaskan, bukan Utusan mahupun Umno bersuara bagi pihak rakyat Malaysia.
Malah, bukan juga jurucakap Melayu dan juga jika Pilihan Raya 2013 dan Pilihan Raya Kecil Kajang adalah petunjuk.
Mereka juga tidak bercakap bahasa yang sama dengan Obama.
“Saya percaya, tidak kira sama ada kita berasal dari sebuah kampung terpencil atau bandar raya megah, sama ada kita tinggal di Amerika atau di Malaysia, sebagai manusia, kita berkongsi hasrat yang sama – untuk hidup dengan bermaruah dan aman.
“(Kita ingin) mencorakkan masa depan kita sendiri, boleh mencari rezeki dan bekerja keras untuk menyara keluarga. Dan paling penting, mewariskan kepada generasi akan datang sesuatu yang lebih baik daripada apa yang ditinggalkan untuk kita.
"Inilah aspirasi yang melambangkan era baru 'bekerjasama' antara Amerika Syarikat dan Malaysia. Kita mungkin berbeza sebagai negara, rakyat kita mempunyai harapan dan aspirasi sama. Kita mampu membentuk kekuatan antara kedua-dua negara daripada kepelbagaian etnik. Kita mampu membina harapan dari sejarah dan mengimpikan harapan cerah untuk anak-anak kita," kata Obama dalam ucapan di Istana Negara di Kuala Lumpur malam tadi.
Presiden AS itu berkata, Malaysia akan berjaya dengan kepelbagaiannya, sesuatu yang Umno dan lidah rasminya secara sistematik cuba menafikan dan musnahkan sejak tsunami politik pada 2008.
Amat indah apabila pemimpin negara paling berkuasa melawat Malaysia dan menikmati hospitaliti kita.
Namun, ia tidak penting bagi Obama untuk bertemu Anwar atau tidak, kerana presiden AS itu tidak mengundi di sini.
Malah ia melucukan apabila rakyat Malaysia turut berebut untuk bergambar bersama presiden AS itu.
Obama akan menamatkan lawatannya esok, dan ucapannya akan memberikan kesan atau dibuat endah tak endah.
Namun kita rakyat Malaysia kekal di sini, menentang mereka seperti Awang Selamat yang mahu memecah belahkan hubungan kita dan usaha menjadi rakyat Malaysia yang lebih baik. – 27 April, 2014.Rakyat Malaysia lega Obama tidak jumpa Anwar, kata Utusan Malaysia
OLEH MOHD FARHAN DARWIS
APRIL 27, 2014
LATEST UPDATE: APRIL 27, 2014 11:25 AM
Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama memeriksa barisan semasa upacara menyambut rasmi di luar rumah Parlimen di Kuala Lumpur semalam. – Gambar Reuters, 27 April, 2014
Akhbar milik Umno Utusan Malaysia mendakwa ramai rakyat Malaysia merasa lega apabila Presiden Amerika Syarikat (AS) Barack Hussein Obama tidak mempunyai rancangan untuk bertemu dengan ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Menurut Awang Selamat dalam kolumnya di edisi Ahad Mingguan Malaysia hari ini, kerajaan AS kini semakin mempercayai pentadbiran Datuk Seri Najib Razak meskipun terdapat gerakan memburukkan Malaysia yang dilakukan Anwar.
"Seperti juga di AS, rakyat Malaysia mahukan pemimpin yang bermoral, bersih dan berwibawa, bukannya ikon yang songsang."
"Dalam dunia diplomatik, harus diakui tiada kesempurnaan. Apatah lagi hubungan antara kuasa besar dengan negara kecil seperti Malaysia.Sebaliknya, menurut Awang Selamat, pertemuan Anwar dengan Penasihat Keselamatan AS Susan Rice hanyalah sekadar menepati dasar keterbukaan negara itu.
"Meskipun ada perbezaan pendirian dalam beberapa isu, termasuk Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA), ia bukan halangan besar," tulis Awang Selamat.
Menurutnya lagi, Najib berjaya meneutralkan pengaruh Anwar ke atas AS walaupun terdapat gerakan melobi dan memburuk-burukkan kerajaan Malaysia selama bertahun-tahun oleh aktivis pro-pembangkang.
"Keterbukaan beliau dan kebolehannya dalam pentadbiran terutama pengurusan ekonomi negara serta dasar luar, menjadikan Malaysia terus disegani dunia," tulisnya lagi.
Obama yang dalam rangka lawatan tiga hari ke Malaysia bermula semalam merupakan presiden AS yang pertama ke Malaysia selepas Lyndon Johnson datang ke negara ini pada tahun 1966.
"Ketika Najib bekerja keras untuk kemakmuran negaranya, Anwar lebih sibuk menghasut dunia, terutamanya AS agar menekan dan menghukum Malaysia.
"Awang percaya pentadbiran Obama arif dalam menilai antara Najib dan ketua pembangkang itu, yang kini bergelut dengan isu moral dan integriti.
"Maka ramai rakyat Malaysia lega apabila Obama menolak untuk bertemu Anwar dalam lawatan tersebut, yang kini terdesak untuk menyelamatkan dirinya selepas dijatuhi hukuman oleh mahkamah kerana meliwat," katanya.
Menurut Awang Selamat, hasil penting daripada lawatan Obama yang paling penting adalah perkembangan hubungan dua hala Malaysia-AS tanpa sebarang gangguan Anwar.
"Kepada Obama dan Najib, tahniah. Semoga bermulalah fasa baru yang boleh menjadi sandaran." – 27 April, 2014.
Suara 47% je, bukan majoriti pun.
ReplyDeleteObama datang kesini dengan 1 misi besar untuk kepentingan kuasa besarnya agar tidak tergugat oleh China.....yang penting TPPA ditangani oleh malaun jual negara, malaun yg memberikan c4 kepada penyedapnya, malaun yang teloqnya dah termasuk tersantak dek big mama.....apa ada kesah dengan Obama jumpa Anwar atau tidak yang penting rakyat 53% tetap akan memberikan undi kepada PR insha ALLAH peratusan ini akan bertambah lagi dalam PRU14 hanya 3 atau 4 tahun sahaja lagi.....
ReplyDeleteApb setan berkata2
ReplyDeleteapb setan dikenali berbicara
apb lidah2 setan mmberi hiujjah
apb lidah2 setan memuji Allah
apb setan2 br ug gelap sembunyi2
ada setan dkenali ada yg sembunyi
setan2 kopiah jubah & songkok tggi
drama drama drama auta n sandiwara
hudud hudud2 slps kominih pilkuda
brp bnyk lg auta tipu sandiwara
siTua2 IQciput buat lawok siot ar
budak2 tadika pun dpt 'baca' lu org punya IQciput maa!
Rakyat Malaysia lega karana anwar tidak berjumpa dengan bapak Zionist pembunuh rakyat Islam palestin.
ReplyDeletelidah2 setan dan lidah2 bewak banyak d malaysia ni...
ReplyDeletebanyak yang dipaksa dalam pada itu najib ada berani ka bertentang mata dengan obapak ni lama lama
ReplyDeletemana la tau kut dapat satu pengkalan tentera kat mana mana
memang sial pun amarika ni macam britis israel jugak la
Yang berasa lega dan tak selamat adalah Awang Selamat dan sekutu serta kuncu-kuncunya.Rakyat Malaysia tidak rasa apa-apapun.Jumpa ok, tak jumpapun ok.Pelik sungguh orang Melayu yang mengaku Islam, lebih takut kepada manusia daripada Allah.Jangan jadikan dunia segala-galanya dan jangan libatkan rakyat untuk kepentingan peribadi dan membodek pemimpin yana ditakuti.Tk.
ReplyDelete