Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, April 17, 2014

Negara Perlu Kembali Kepada Asas-Asas Penubuhannya - CENBET.

PETALING JAYA: Ketika rakyat berdepan isu dan cabaran yang terhasil daripada iklim politik tanahair, masih ada harapan bagi perubahan dilakukan. Dan bagi memastikan negara ini menuju ke arah yang lebih baik,  Centre For A Better Tomorrow (CENBET) kini telah bersama-sama menyemarakkan gerakan sivil di Malaysia.
CENBET berpendapat negara ini perlu kembali kepada asas-asas penubuhannya.
Gerakan ini mempromosi kesederhanaan, ketelusan dan urustadbir yang lebihber kesan.
“Antara lain, kami di CENBET mahu terlibat secara aktif menganjurkan dialog di samping memperkenalkan isu yang wajar dibicarakan rakyat bagi mencapai objektif ini,” katanya di dalam satu kenyataan.
Pertubuhan bukan kerajaan yang baharu ini diterajui secara bersama oleh dua peguam terkemuka, bekas presiden Majlis Peguam Lim Chee Wee dan bekas timbalan menteri belia dan sukan Gan Ping Sieu.
Lim dikenali kerana pendiriannya dan berani berkata benar sementara Gan pula amat lantang di dalam membincangkan pelbagai isu kontroversi.
Timbalan presiden CENBET ialah Tan Sri T Marimuthu yang merupakan peruding pendidikan Unesco dan Bank Dunia dan pernah berkhidmat sebagai timbalan menteri pertanian pada tahun 1990an.
Tiga ahli jawatankuasanya pula terdiri daripada aktivis media sosial Fadzmel Fadzil, pemimpin belia Low Eng Tack dan bekal pemimpin pelajar UKM4 Woon King Chai.
Woon merupakan salah seorang daripada empat pelajar yang mendapat rayuan mahkamah bagi mengumumkan bahawa Seksyen 15(5) Akta Universiti dan Kolej 1971 yang melarang partisipasi pelajar di dalam politik tidak wajar.
Pelajar hari ini boleh lantang menyuarakan sokongan, atau bangkangan bagi apa-apa parti politik kerana usaha Woon dan rakan-rakan.
Lembaga pengarah CENBET terdiri daripada personaliti yang dihormati termasuk bekas timbalan menteri pendidikan tinggi Datuk Saifuddin Abdullah, Datuk Lee Hwa Beng, peguam kanan Datuk Simon Lim Seng Chai dan wartawan veteran Chong Cheng Hai.
Ahli lembaga bakal memberi input yang bermanfaat kepada jawatankuasa sementara pihak pengurusan CENBET diterajui pengarah eksekutif Chow Kum Hor, seorang bekas wartawan yang juga pembantu politik.
Di dalam kenyataan akhbarnya, CENBET merakamkan ucapan takziah kepada keluarga YB Karpal Singh yang dikenali sebagai “pejuang bagi negara Malaysia yang lebih baik”. - sumber

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa