Sinis kerana padanya Anwar tidak penting dan apakah pentingnya pula Obama mahu berjumpa Anwar?
Terpulang kepada Obama sama ada mahu berjumpa Anwar atau tidak, kata Dr Mahathir
Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad (gambar) berkata terpulang kepada Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama sama ada mahu berjumpa atau tidak dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
"Itu hak dia (Obama), suka hati dia nak jumpa siapa, saya yang bekas Perdana Menteri ini pun dia tak nak jumpa," katanya hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas berhubung PKR yang kesal Obama yang akan mengadakan lawatan rasmi ke negara ini Sabtu depan, tidak berjumpa Anwar.
"Kalau tidak puas hati pergi tanya sendiri kepada Obama kita (kerajaan) halang ke atau tidak Anwar nak jumpa," katanya.Tambah Dr Mahathir lagi kerajaan tidak mempunyai kuasa untuk menghalang Obama daripada berjumpa sesiapa pun termasuk Anwar.
Lawatan tiga hari Presiden AS itu merupakan lawatan rasmi pertama ke Malaysia selepas kunjungan Presiden Lyndon Johnson pada 1966.
Selain Malaysia, Obama turut melawat Tokyo, Jepun dan Seoul, Korea Selatan sebelum mengakhiri lawatan kerja ke Asia di Filipina. – TMI
Orang yang paling berkuasa di dunia hari ini, Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama tidak boleh ditekan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk tidak bertemu dengan anda.
ReplyDeleteAda orang berpandangan kononnya Malaysia dan Najib adalah terlalu kerdil – untuk menekan Obama dan Amerika Syarikat.
Jika Obama telah menyatakan hasratnya untuk bertemu dengan sesiapa secara peribadi, beliau akan berbuat demikian. Obama tidak perlu mendapatkan kebenaran daripada sesiapa...
Tapi perlu diingat dalam keadaan seumpama lelaki bacul Najib masih ada senjata untuk mengancam Obama dengan tidak bersetuju dengan perjanjian TPPA sedangkan Obama datang ke Malaysia adalah untuk mendapatkan persetujuan untuk melaksanakan sistem TPPA.
Oleh kerana itu Obama harus membuat satu keputusan dan tindakan yang lebih menguntungkan diri dan negaranya. Bertemu dengan Najib Malaysia boleh dijajah, bertemu dengan Anwar, dia hanya dipandang sebagai penegak keadilan dalam sistem demokrasi saja.