Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, April 17, 2014

Sape Kena Terajang Kat Dr. MAZA Ni?

Dr Asri: Hormati pemergian Karpal

Bekas mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin meminta agar orang ramai menghormati pemergian tokoh DAP Karpal Singh.

Tokoh agama itu juga berkata hadis Nabi Muhammad SAW mengajar supaya menghormati jenazah tidak kira agama atau bangsa mereka semasa hidup.
"Saya tidak tahu hakikat YB Karpal Singh, namun nama atas akhlak Islam yang mulia, saya ucapkan takziah kepada kaum keluarganya.

"Semoga Allah memberikan gantian dan keadaan yang lebih baik untuk mereka. Islam ini kebaikannya untuk semua," kata beliau dalam laman rasmi facebooknya.

Menurutnya, kegagalan orang Islam menunjukkan budi pekerti yang mulia bakal menimbulkan prasangka yang tidak baik di kalangan orang bukan Islam dan penganutnya mungkin dibenci.

Beliau memberi contoh sekiranya seseorang Muslim menolak pandangan tokoh agama tidak semestinya membenci agama Islam itu sendiri.

Selidik

"Jika dia menolak tafsiran Islam yang dibuat oleh pihak tertentu, bukanlah semestinya dia membenci Islam.
"Seseorang non-muslim yang menolak sesuatu berkaitan Islam hendaklah diselidiki apakah dia membenci Islam ataupun dia membenci versi atau tafsiran Islam yang dibawa oleh pihak tertentu," katanya.

Karpal dan pembantunya maut dalam kemalangan di kilometer 306.1 Lebuhraya Utara Selatan dekat Kampar awal pagi ini yang kemudiannya ramai mengucapkan takziah tetapi terdapat segelintir memberi komen negatif mengenai kematian Karpal.

Antaranya bekas naib presiden PERKASA Zulkifli Noordin memberi reaksi seolah-olah lega dengan pemergian bekas pengerusi DAP itu.

Ini kerana pelaksanaan hudud Kelantan akan lebih mudah dengan ketiadaannya - yang diketahui umum menentang keras pelaksanaan undang-undang Islam itu.

Sementara itu Ahli Parlimen Langkawi Datuk Ir Nawawi Ahmad turut dikecam kerana menyiarkan gambar kemalangan itu dengan komen negatif.

1 comment:

  1. masih ramai orang Islam terlupa apa yang Islam ajarkan dalam kehidupan yang sementara ini
    kalau dengar cakap macam tak percaya hebat betul pegangan akidah Islamnya
    tapi dicelah celah tindakan nampak perangai burok yang ditegah Islam ada padanya.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa