Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Friday, April 25, 2014

MH370: Manggis Dan Lithium ion Itu Siapa Yang Punya?

MH370: Dedah pemilik manggis dan bateri
MUHAMMAD FAIZAL APR 25, 2014

KUALA LUMPUR: PAS meminta kerajaan serta Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) segera tampil memberi penjelasan berhubung siapa pemilik bateri (lithium ion) dan empat tan manggis yang dibawa dalam kargo pesawat MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu kepada pengetahuan umum.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Mahfuz Omar berkata, sudah pasti kerajaan ada maklumat berhubung perkara itu dan ianya tidak perlu dirahsiakan daripada rakyat.

"Hairan sehingga sekarang tidak ada mana-mana syarikat tampil untuk membuat pengakuan pemilikan bateri dan manggis.

"Jangan buat rakyat terus tertanya-tanya, misteri kehilangan belum dijawab malah ditambah lagi siapa empunya bateri dan manggis itu," soal beliau ketika dihubungi Harakahdaily.

Dalam pada itu Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena menggesa kerajaan menubuhkan satu Jawatankuasa Khas Parlimen bagi memantau dan menyemak segala cadangan pembelian aset yang melibatkan pertahanan negara.

Cadangan itu dikemukakan beliau sebagai mengulas cadangan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) untuk menambah aset negera seperti keupayaan peralatan moden kenderaan bawah air autonomi (AUV) Bluefin-21.

"Kita tidak pernah menolak apa-apa cadangan untuk pembelian aset pertahanan negara dan itu satu keperluan yang penting. Namun apa yang kita pertikaikan adalan cara pembelian itu.

"Kerajaan perlu membentuk satu jawatankuasa khas di bawah parlimen bagi sebarang bentuk pembelian melibatkan aset pertahanan negara dalam memantau mahupun menyemak keperluan tersebut," katanya.

 Tambah beliau, pembentukkan jawatankuasa ini perlu bagi mengelak berulangnya skandal rasuah seperti pembelian kapal selam Scorpene sebelum ini.

"Harga untuk aset pertahanan amat mahal dan ruang berlakunya rasuh itu terlalu tinggi, ini telah terbukti ketika pembelian Scropene.

"Melalui jawatankuasa ini kita dapat mengawal sepenuhnya cara pembelian tersebut dari segi harga, pemilihan pembekal mahupun keupayaan serta keperluan aset tersebut," jelasnya.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa