Ng Kee Seng
Kunjungan pertama Presiden Amerika Syarikat ke Malaysia selepas lebih lima puluh tahun menyaksikan Barack Obama bukan hanya bertemu dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, tetapi juga pergerakan sivil rakyat Malaysia.
Obama dijadualkan tiba di Kuala Lumpur pada hari Sabtu (26 April) sebagai sebahagian lawatannya ke Asia dan telah menugaskan Penasihat Keselamatan Negara Susan Rice bagi bertemu ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Anwar dan rakan-rakan di dalam Pakatan Rakyat rupa-rupanya membuat serkap jarang apabila berkata Obama tidak mahu bertemunya.
Mereka menghamburkan pebagai dakwaan termasuk bahawa Obama dan AS gagal mempertahankan hak asasi, kebebasan dan keadilan dengan menafikan Anwar bertemunya.
Dilaporkan, Obama juga akan bertemu pemimpin-pemimpin daripada Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih), Barisan Kebangkitan Islam dan Majlis Peguam pada hujung minggu ini di kedutaan AS di Kuala Lumpur.
AFP memetik seorang pegawai kanan Amerika Syarikat pada 24 April sebagai berkata, Rice dijadualkan bertemu Anwar ketika Obama mengunjungi Malaysia.
Agensi berita itu berkata, Obama perlu mengimbangi pelbagai perkara: menghormati tuan rumah dan rakannya di Asia Tenggara sambil meninjau perkembangan politik serta dakwaan yang dibuat terhadap Anwar.
Anwar disabit kesalahan sodomi pada 7 Mac sementara pakatan pembangkangnya terjebak di dalam pertempuran panjang dengan parti pemerintah Barisan Nasional. Beliau diberitahu bahawa Obama tidak akan menemuinya secara peribadi.
Tetapi keputusan menghantar Penasihat Keselamatan Negara Susan Rice bakal memberi isyarat jelas kerana Rice merupakan pegawai kanan bagi dasar luar negara AS.
Anwar memberitahu AFP minggu ini bahawa beliau tidak kecewa tidak dapat bertemu Obama tetapi menjelaskan bahawa pertemuan itu selari dengan dasar luar Amerika bagi mempromosi kebebasan dan keadilan.
Pada bulan Mac, Mahkamah Rayuan menjatuhi hukuman penjara lima tahun ke atas Anwar bagi kesalahan melakukan hubungan sejenis dengan pembantunya pada 2008.
Beliau masih berpeluang membuat rayuan di mahkamah persekutuan.
Selaku bekas timbalan perdana menteri, Anwar menjalin hubungan baik dengan Washngton yang setuju dengan laungan reformasi laungannya.
No comments:
Post a Comment
Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa