Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Monday, April 28, 2014

Kenyataan Terselindung Obama.........

Kenyataan terselindung Obama tentang layanan buruk terhadap pembangkang
Hazlan Zakaria
SEKILAS PANDANG: Kunjungan Presiden Barack Obama ke Malaysia ialah bagi mengukuhkan hubungan baik Amerika Syarikat dengan Malaysia, namun kenyataan presiden itu ketika dialog dengan pemimpin pemuda hari ini mengandungi maksud terselindung. Beliau seakan merujuk layanan buruk Malaysia terhadap pengikut Syiah dan pemimpin pembangkang.
Walaupun tidak menyatakan nama atau mana-mana kumpulan, beliau mengingatkan tentang bahaya apabila tindakan mendakwa pihak lain dibuat. Ini diutarakan beliau apabila bertemu 400 pemimpin golongan pemuda hari ini.
“Saya fikir kita perlu menghormati setiap pihak, walaupun mereka tidak bersetuju dengan kita,” jelasnya ketika sesi soal jawab di mesyuarat ‘town hall’ di Universiti Malaya.
“Perkara asas ialah walaupun ada pihak tidak sukakan kamu, kelihatan berbeza, memiliki kepercayaan berbeza, anda tetap perlu melayan mereka dengan baik. Jika ini berlaku, anda mampu menyelesaikan pelbagai masalah dunia,” katanya.

Beliau kemudian berkata, walaupun terdapat perbezaan di kalangan masyarakat dunia hari ini, amat penting menerapkan sikap saling menghormati dan bertolak-ansur. Peranan ini sewajarnya dimainkan pihak kerajaan.

“Layan semua dengan rasa hormat dan minta kerajaan kamu melayan semua pihak dengan baik. Semuanya akan okay,” Obama mengumumkan sambil mendapat tepukan gemuruh dari para hadirin.

Nadanya jelas bagi difahami mereka yang ada di situ.

Mungkin pemimpin kerajaan persekutuan akan berasa malu jika mereka turut menghadiri majlis yang sama.
Malaysian mengumumkan pengikut Syiah menyimpang daripada amalan Islam, sambil hanya mengiktiraf ahlus Sunnah Wal Jamaah sebagai mengikut ajaran sebenar.

Anehnya, Malaysia juga menandatangani deklarasi Amman, yang mengiktiraf empat mazhab Sunnah dan dua mazhab Syiah yang menurut ajaran Islam.

Kerajaan persekutuan juga sering menggunakan akta lapok bagi menghukum pemimpin pembangkang, dan ramai di antara mereka yang berdepan tindakan mahkamah serta hilang kelayakan selaku wakil rakyat.

Walaupun banyak memuji Malaysia, kenyataan Obama hari ini dilihat sebagai satu peringatan kepada Perdana Menteri Malaysia bahawa apa beberapa perkara yang perlu diperbaiki.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa