Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Wednesday, April 23, 2014

Daim Mengaku Ada Bank Di Tanzania, Anwar Hanya 'Kaki Goreng'

Sebenarnya saya pun tertanya-tanya juga apa salahnya ada bank di luar negara sekiranya tidak terlibat dengan penyelewengan duit rakyat?

Tapi akan menjadi masalah bila punggah duit rakyat dengan cara haram ke sana!
Itu memang menjadi isu besar

Cuma kalau Anwar memang kaki goreng dan kaki fitnah kenapa tak saman?
Saman sajalah untuk bersihkan nama

'Memang saya ada bank di Tanzania, apa masalah?'
Bekas menteri kewangan Tun Daim Zainuddin mengakui bahawa beliau memiliki sebuah bank di Tanzania namun ia tidak melibatkan sebarang penyelewengan.

Daim dalam satu laporan Utusan Malaysia berkata demikian bagi menjawab dakwaan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang antara lainnya membangkitkan mengenai wangnya yang disimpan di Tanzania.

"Dia (Anwar) ketika itu berjumpa dengan presiden Tanzania dalam sesi pelaburan dan bertanya tentang aset saya. Presiden itu berkata, memang saya ada bank di Tanzania, jadi apa masalahnya?

"Anwar lepas dibuang daripada parti, semua dia kata tak betul, jadi apa yang dibuat masa dalam parti? Anwar ini kaki goreng," kata Daim seperti dipetik dalam laporan Utusan.

Menurut Daim lagi, Anwar pernah menjalankan siasatan ke atasnya ketika ketua pembangkang itu berada dalam Kabinet semasa pentadbiran Tun Dr Mahathir Mohamad selaku perdana menteri pada waktu itu.

Apa Anwar buat?

"Siasatan berdasarkan salinan surat-surat yang saya serahkan padanya. Tetapi, dia potong nama saya, dan dia kata memperoleh surat itu sendiri. Saya telah dua kali disiasat tentang pemilikan aset.

"Masa tu dia (Anwar) menteri kewangan dan juga pengerusi tentang rasuah. Kenapa tak ambil tindakan? Lepas kena buang daripada parti Umno, semua dia kata tak betul," kata Daim lagi dalam laporan tersebut.

Anwar dalam laporan Keadilan Daily pada hari Isnin lalu berkata beliau mengesyaki bahawa Daim melakukan salah guna kuasa melalui penubuhan bank tersebut.

Anwar juga mendakwa mengetahui mengenai penubuhan bank di Tanzania itu melalui seorang gabenor bank negara tersebut, yang tidak dinamakan dalam laporan berkenaan.

“Saya pergi ke Tanzania dijemput jumpa Presiden, Menteri Kewangan dan gabenor bank negara Tanzania.

“Gabenor kata Tun Daim punya bank ada sini (Tanzania). (Gabenor) kata Daim simpan di International Bank of Malaysia.

“Saya tanya (Daim) buat apa. Kemudian gabenor jawab Daim tidak buat apa-apa. Daim simpan duit sahaja.

Ada sebarang operasi? Tidak, ini bank ‘istimewa’. Kemudian saya berkata kepada gabenor bank negara Tanzania, kamu tahu tak ini tidak cara yang sepatutnya.

“Duit dari mana? Daim ambil dari Malaysia, simpan di sini,” kata Anwar menceritakan kandungan  pertemuannya,” lapor Keadilan Daily, memetik kenyataan Anwar.

Anwar seterusnya membangkitkan mengenai penahanan seorang individu, didakwa terlibat dengan ban tersebut, dalam satu kejadian didakwa di Lapangan Terbang Heathrow, London. - mk

1 comment:

  1. Sahaja aku berniat nak tanya, jujur ikhlas kerana Allah Ta'ala :
    Kenapa tidak tubuhkan bank itu di Malaysia? Boleh juga buat urusan pinjaman tanpa faedah menyaingi bank konvensional, ada juga manfaatnya. Pahala dapat, berkat bertambah tapi tak dibuat, y?

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa