Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, April 17, 2014

Moron!

Bagi aku, aku tak kata UMNO tetapi hanya jenis moron di dalam dan penyokong UMNO....

Moron Umno dan penyokong mereka seronok meraikan kematian Karpal
KOMEN: Kematian pemimpin DAP Karpal Singh telah menyebabkan perangai moron Barisan Nasional diperlihatkan dengan jelas. Sikap buruk mereka diperaga di laman media sosial.
Beberapa komen yang tidak sensitif telah dimuatnaik di Facebook dan Twitter, termasuk yang turut melibatkan ahli parlimen.
Ahli parlimen Langkawi Datuk Nawawi Ahmad di laman Facebooknya memuatnaik gambar Karpal berlumuran darah dengan keratan akhbar tentang peguam itu menentang perlaksanaan hukum hudud.
Tajuk keratan itu  “Mahu wujudkan negara Islam, langkah mayat kami dulu- Karpal Singh”. Nawawi kemudian bertanya “Siapa nak sambut cabaran Karpal Singh. Sila bagi nama he he”
Nawawi, bagaimanapun telah menurunkan postingnya itu dan dilapor Malaysiakini sebagai berkata: “Saya fikir Facebook tidak rasmi dan tidak dipandang serius. Saya tidak menjangka ia bakal dikongsi dengan galak. Jika membuat kenyataan rasmi, saya tentu lebih berhati-hati.”
Nawawi, tolong jaga akal fikiran sebelum membuka mulut anda. Sikap kebudak-budakan sebegitu tidak mencerminkan peranan anda selaku ahli parlimen yang mewakili rakyat. Mahukan anda sekiranya wajah anda yang berlumuran darah dikongsi pengguna media sosial?
Rakyat mahukan pemimpin yang lebih cerdik tetapi apa yang diutarakan Nawawi memang tidak dapat diterima akal fikiran manusia.
Nawawi bagaimanapun tidak bersendirian. ADUN Kok Lanas dari parti Umno Md Alwi Che Mad juga memuatnaik gambar yang sama dengan mesej yang mendakwa kematian Karpal ialah hukuman Allah bagi penentang undang-undang Islam.
Seorang lagi saspek utama telah menunjukkan tutur kata merepek. Dia tidak lain tidak bukan ialah bekas ahli parlimen Kulim dan orang kuat Perkasa Datuk Zulkifli Noordin. Watak kontroversi itu berkata Karpal meninggal dunia bagi membuka laluan bagi hukum hudud dilaksanakan.
Tweetnya berbunyi "Dalam kemelut Kerajaan PAS Kelantan mahu melaksanakan Hudud dengan bantuan UMNO,  Allah telah mematikan Karpal yang menjadi penentang utama perlaksanaannya"
Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali juga turut serta. Karpal telah banyak menyumbang kepada politik tanahair namun peguam itu tidak menghormati agama Islam, dakwanya.
“Karpal dianggap pejuang keadilan tetapi tidak menghormati konsep keadilan di dalam Islam...Ini double-standard dan membuatkan saya hilang rasa hormat terhadapnya,” ujar Ibrahim di dalam kenyataannya.
Selain ahli politik Umno, ada juga kenyataan ofensif yang dibuat akuan Twitter yang ada hubungkait dengan parti itu.
@puteraumno (telah digantung) menulis: “rileks la.. kalau nak junjung kapiaq pun Langkah mayat saya nak tubuh negara islam kan dah kena Langkah awal2” :
Tweet ditujukan kepada aktivis sosial Datin Paduka Marina Mahathir di akaunnya @netraKL.
Pengerusi Media Sosial Umno Ibdilillah Ishak, bagaimanapun menafikan bahawa admin @puteraumno ialah seorang cybertrooper Umno di bawah sayapnya.
“Ia akaun pihak ketiga yang tidak bertanggungjawab. Individu itu terlalu emosi dan tidak menghormati YB Karpal.
“Sesiapa yang mengkritik Karpal masih perlu menghormati kematiannya,” ujar Ibdilillah kepada theantdaily. 
Sudah tiba masanya Perdana Menteri Datuk Seri Najib menyelesaikan masalah “sampah” di dalam barisannya dan menjauhkan diri daripada watak yang tiada berwibawa.
Imej dan reputasi Perdana Menteri sendiri bakal terkesan jika manusia seperti Nawawi atau Zulkifli dibenarkan menuturkan kata-kata nista.
Dan kepada moron seperti Nawawi, Zulkifli dan Md Alwi, fikirkan sejenak. Kita semua akan mati, satu hari nanti.
Artikel ini dihasilkan V Shuman dan Alyaa Alhadjri

1 comment:

  1. Pandangan yang sangat berilmu... banyak orang pandai dalam UMNO dan penyokongnya tetapi tak cerdik kerana banyak menggunakan akal bawah dari akal atas.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa