Keluarga penumpang MH370 mahu saman Boeing
AMERIKA SYARIKAT - Keluarga penumpang MH370 boleh membuat tuntutan saman ke atas syarikat pembuatan kapal terbang dan pesawat, Boeing Corporation.
Mengikut Akta Undang-undang Persekutuan Amerika Syarikat, saman tersebut sudah boleh difailkan kerana keluarga penumpang pesawat tersebut sudah melalui tempoh kehilangan yang agak lama iaitu selama 46 hari.
Dalam kenyataan yang disiarkan oleh portal CNN, pasangan penumpang MH370 Philip Wood, Sarah Bajc berkata, tindakan undang-undang yang diambil terhadap syarikat Boeing bukan dibuat atas dasar wang tapi untuk mendapatkan maklumat yang lebih terperinci berhubung kehilangan pesawat terbabit.
"Jawapan kami hanya boleh diberikan melalui cara ini, kami tidak ada banyak jalan untuk memperoleh maklumat dan ini adalah salah satu jalan untuk menggesa pihak yang terlibat supaya menyalurkan kami lebih banyak maklumat," katanya.
Walau bagaimanapun, peguam dan juga rakan kongsi Firma Guaman Kreindler & Kreindler, Daniel Rose berkata tanpa penemuan kotak hitam atau serpihan pesawat terbabit, adalah sukar untuk mengekalkan dakwaan ke atas Boeing di mana-mana mahkamah di AS.
"Kes ini umpama dakwaan kes bunuh, tapi tidak ada mayat, susah untuk kekalkan kes di mahkamah jika tiada bukti kukuh atau penemuan yang berkaitan dengan pesawat tersebut.
"Malah ada pihak yang berpendapat undang-undang tersebut tidak boleh diguna pakai kerana insiden tersebut terjadi di luar sempadan AS," katanya ketika dihubungi wartawan CNN. - sumber
No comments:
Post a Comment
Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa