Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Friday, April 25, 2014

Kehidupan: Kesian Dengan Keluarga Ni!

Gaya sengsara
Oleh Mary Victoria Dass
Johor Bahru: ‘Kenderaanku syurgaku’. Begitulah kehidupan enam beranak yang menjadikan sebuah kenderaan rekreasi (RV) sebagai tempat tinggal mereka sejak hampir sebulan lalu di Jalan Ceria 19, Taman Nusa Idaman di sini.
Mereka mula menjadikan kenderaan itu sebagai tempat tinggal bukan kerana meniru gaya hidup Barat, sebaliknya terpaksa berbuat demikian apabila diminta mengosongkan rumah sewa berikutan menghadapi kesulitan membayar sewa pada bulan lalu.
Berikutan itu, kenderaan berkenaan kini menjadi tempat berteduh Shukor Abdullah, 51, dan isteri Halela Rahim, 40, bersama empat anak mereka iaitu Norlela, 17; Rafiee, 16; Fadzilah, 14, dan Norhazlinda, 12.
Shukor berkata, kenderaan bernombor pendaftaran BFY5228 itu dilengkapi dengan kemudahan ruang berehat, tidur, dapur serta tandas.
Menurutnya, dia dan ahli keluarganya menyesuaikan diri untuk meneruskan kehidupan dalam kenderaan itu kerana ia masih sesuatu yang luar biasa bagi masyarakat di negara ini.
“Saya membeli kenderaan ini beberapa tahun lalu ketika bekerja sebagai kontraktor dengan tujuan membawa ahli keluarga berkelah kerana ia mempunyai ruang agak besar.
MANAYI (tengah) berbincang dengan Shukor ketika meninjau keluarga itu

“Namun, sejak bekerja sebagai pemandu lori, dengan pendapatan RM1,500 menyebabkan saya menghadapi kesulitan membayar sewa rumah pada tahun lalu menyebabkan kami terpaksa mengosongkan rumah sewa yang terletak di sekitar kawasan ini.
“Berikutan tiada pilihan, saya memindahkan barangan termasuk televisyen, barangan elektrik selain tilam ke kenderaan ini dan meminta isteri dan anak tinggal di sini,” katanya.
Katanya, bagi memudahkannya serta anak yang masih belajar, dia membuat penyambungan elektrik daripada sebuah bangunan rumah kedai berhampiran bagi membolehkan mereka menggunakan kemudahan seperti kipas, televisyen serta lampu di dalam kenderaan itu.
Menurutnya, kenderaan itu juga memiliki kemudahan WiFi bagi memudahkan anak menggunakan komputer riba untuk mentelaah pelajaran.
“Sebelum ini, kami hidup senang, tetapi kini saya tiada pilihan dan memindahkan keluarga ke kenderaan ini buat sementara waktu dan saya berharap mendapat tempat tinggal lebih sesuai dan selesa pada masa depan.
“Jika mahu menyewa rumah, kami diminta menyediakan deposit selama tiga bulan dan pada masa ini saya memang tidak mempunyai wang mencukupi,” katanya.
Shukor berkata, keluarganya berharap ada pihak tampil membantu meringankan beban mereka.
“Biarpun sibuk bekerja, saya kerap meninjau keadaan anak kerana bimbangkan keselamatan mereka di dalam kenderaan ini,” katanya, semalam.
Sementara itu, Norlela berkata, dia dan adik-beradiknya sering membeli makanan di luar memandangkan ibu mereka menghadapi kesulitan untuk memasak di dapur dalam kenderaan berkenaan.
“Harapan saya supaya kami sekeluarga dapat berpindah ke tempat tinggal lebih selesa,” katanya ketika menerima kunjungan Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Johor Bahru Manayi Ibrahim.

3 comments:

  1. aku tak caye cerita ini mana mungkin di johor ada kes mcm ini, ini hanye pitenah belaka...btul tak macai cgpa 3.88888 otak burung unta keh3x

    ReplyDelete
  2. Ini menunjukkan negeri di bawah pemerintahan pembangkang, gagal membantu rakyatnya. Eloklah jika rakyat negeri ini bersatu hati tukarkan kerajaan negeri dlm PRU akan datang.

    ReplyDelete
  3. Di mana Umno memerintah, di situ Melayu merempat. Memang tepat bidalan ini. Lihat saja komen Anon 11:34 yang masih tak percaya. Spesis jenis inilah jadi ulam umno sehinggalah dia dan keluarga terpaksa tinggal di bawah jambatan satu hari nanti kerana kebebalan dan kebodohannya menyokong umno.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa