Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, April 17, 2014

MH370: Gila.....Bergaduh Kerana 'Sesaat'!

Najib yang tidak faham atau Cina yang keliru dengan bahasa?
Hanya mencari alasan untuk berperang 
MH370 entah di mana

Najib tidak jawab isu MH370, manipulasi kenyataan saya, kata Anwar
OLEH MD IZWAN
APRIL 16, 2014
LATEST UPDATE: APRIL 16, 2014 04:58 PM
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim nafi keluar kenyataan mampu selesaikan krisis MH370 dalam masa sesaat jika jadi perdana menteri

Datuk Seri Anwar Ibrahim membidas Perdana Menteri, Datuk Seri Najb Razak kerana memanipulasi kenyataannya boleh menyelesaikan insiden MH370 dalam masa sesaat.
Ketua pembangkang itu mengecam Najib yang cepat menjawab isu tersebut tetapi tidak pula pantas bertindak dalam menangani insiden kehilangan MH370.
"Najib tidak jawab isu yang timbul dalam kehilangan MH370, tapi beliau boleh pula cepat jawab mengenai sesaat ini," kata Anwar pada sidang media di ibu pejabat PKR, pagi ini.
Anwar sebaliknya menafikan mengeluarkan kenyataan akan menyelesaikan insiden kehilangan MH370 dalam tempoh sesaat sekiranya menjadi perdana menteri.Sepanjang kehilangan MH370, Najib tidak menjawab sebarang soalan dalam sidang media dan menyerahkan tanggungjawab kepada pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein.
"Najib putar belit kenyataan, menipu dengan menyalah tafsir kenyataan saya," kata Anwar.
Anwar berkata, teks asal yang diterjemahkan daripada bahasa Cina tersebut berbeza sama sekali dengan yang ditulis oleh media.
"Dalam teks asal bahasa Cina itu, saya kata akan ambil satu saat untuk pastikan penguatkuasaan yang perlu dilakukan untuk jamin keselamatan negara," katanya.
Anwar mendesak Najib supaya menjelaskan mengapa radar tentera udara tidak dapat mengesan sebaik sahaja pesawat MH370 berpatah balik dan mengambil tindakan sepatutnya.
"Perdana menteri harus jawab kenapa radar belanja ratusan juta di Gong Kedak, Kelantan sempadan Terengganu, Laut Cina Selatan gagal memberikan keterangan tersebut.
"Apa dengan membeli radar baru, kapal selam baru boleh selesaikan semua?" kata beliau lagi.
Anwar berkata sekiranya MH370 dapat dikesan berpatah balik awal, pesawat tentera boleh mengambil tindakan dengan mengiring pesawat komersil tersebut mendarat di lapangan terbang sepatutnya.
"Ini bukan isu MH370 sahaja, ini isu keselamatan negara juga.
"Kerajaan Umno dan BN sibuk mengejar projek dan kekayaan sehingga lupa keselamatan negara terancam kerana kecuaian mereka," kata beliau.
Anwar tidak menolak situasi lebih buruk akan berlaku sekiranya tiba-tiba pesawat komersil tersebut mengambil keputusan menyerang seperti serangan pengganas ke atas World Trade Center di Amerika Syarikat pada 9 September, 2001.
Perkara kedua yang membimbangkan Anwar adalah mengenai isu penggunaan pasport palsu untuk masuk ke dalam negara, di mana menimbulkan persoalan mengenai tahap pengawasan yang lemah oleh kerajaan Malaysia.
Anwar mempersoalkan mengapa sehingga hari ini pihak Malaysia Airlines (MAS) dan kerajaan masih tidak mendedahkan mengenai butiran kargo yang dibawa oleh MH370.
"Mengapa sehingga hari ini dokumen kargo tidak didedahkan kepada umum atau diberikan pihak bertanggungjawab.
"Saya tidak tahu mengapa mereka sangat berahsia dalam isu kargo ini," kata Anwar.
"Sikap bersembunyi dan berahsia tersebut menyebabkan berlaku wujudnya khabar angin dan teori mengenai kehilangan MH370,” kata Anwar.
Penerbangan MH370 bersama 239 orang berlepas pada 8 Mac dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL pada 12.41 tengah malam dan hilang daripada imbasan radar kira-kira sejam kemudian ketika terbang di ruang udara Laut China Selatan.
Pesawat itu sepatutnya mendarat di Beijing pada 6.30 pagi hari yang sama.
Gerakan mencari melibatkan pelbagai negara dilancarkan untuk mengesan pesawat itu, mula-mula di Laut China Selatan dan kemudian diperluas ke Selat Melaka serta Laut Andaman dan kini di selatan Lautan Hindi.

Analisis yang dibuat terhadap data satelit menunjukkan pesawat itu terbang di sepanjang laluan yang dikenali sebagai “koridor selatan” dan kedudukan terakhirnya adalah di tengah-tengah Lautan Hindi, di barat Perth. – 16 April, 2014.

3 comments:

  1. Banyak yg mengelirukan, makin banyak spekulasilah jadinya. Allah jugalah yg tahu.

    ReplyDelete
  2. Apa yang dinyatakan oleh Anwar memang benar dan betul. Dalam kes MH370 ini kelemahan kerajaan dan agensi2nya amat ketara dalam berbagai segi.Yang menyedihkan ialah ketidakpekaan pihak keselamatan bertindak sambil membuat andaian2 bodoh dan merbahaya seperti tidak memperdulikan apa yang terpampang di radar2 tentera.Kenyataan2 yang bercanggah antara menteri2 dengan MAS, polis dan imigresen sering jadi sedaan dan gurauan umum.Apakah dengan membelanjakan berbilion lagi wang rakyat untuk perolehan alat2an baru menjamin mutu kawalan keselamatan negara akan lebih baik? Keutuhan sesebuah negara bukan sangat bergantung pada alatan2 tentera yang canggih tetapi lebih kepada sikap pemimpin2nya yang mendahulukan negara dan rakyat dari mengejar kekayaan peribadi dan kroni.

    ReplyDelete
  3. Sayang seribu kali sayang, Malaysia punya PM yang b...... tapi tak mahu terima hakikat akan keb...... nya.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa