Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Wednesday, April 23, 2014

Kepimpinan Negara Mengalami Sindrom "Singapura dilanggar todak"

Sindrom Singapura dilanggar todak!
Ahmad Mustapha Hassan
SUARA LANTANG: Orang-orang tua dahulukala pernah bercerita mengenai hikayat Singapura dilanggar todak. Pemerintah zaman itu mengarahkan rakyatnya untuk beratur di tepi pantai dan meminta mereka menggunakan kaki mereka supaya dilanggar ikan todak, supaya ikan itu dapat dibunuh ketika mereka masih bergantungan dari kaki mereka.
Seorang anak kecil bagaimanapun memberitahu rakyat bahawa mereka hanya perlu memotong pokok-pokok pisang dan mencacakkannya sepanjang pantai, bagi menyekat ikan-ikan ini.
Rakyat mengikuti nasihat anak ini, dan gembira bahawa tiada siapa yang cedera dan mereka mendapat banyak ikan untuk dimakan. Idea cemerlang kanak-kanak ini bagaimanapun mengganggu pemerintah ini yang sangat marah. Kanak-kanak itu terlalu pintar, dan dia telah dia dibunuh. Hikayat ini menjadi cerita rakyat Melayu dengan tajuk "Singapura dilanggar todak".
Penceritanya terpaksa kekal tidak dinamakan semasa zaman itu, kerana hikayat hanya boleh memuliakan pemerintah itu. Hikayat-hikayat hanya boleh menceritakan mengenai keberanian dan kesaktiannya. Tidak ada sesiapa yang boleh mesti mengatasi kedudukannya, sama ada dari segi minda atau kekuatannya.
Hari ini Umno Baru mengalami sindrom yang sama. Tiada anggota yang harus lebih pandai daripada pemimpin. Oleh itu Khairy Jamaluddin, ketua Pemuda Umno yang berpendidikan Oxford, terpaksa berpura-pura bodoh supaya tidak menyinggung kepimpinan. Personaliti berterus terang yang tidak boleh berpura-pura bodoh bagi menampung ketiadaan budaya intelektual kepimpinan, hanya akan diketepikan seperti Datuk Saifuddin Abdullah, bekas Ahli Parlimen Temerloh dan seorang liberal. Parti itu sudah tentu gembira setelah beliau tewas dalam pilihan raya umum ke-13.
Hari ini, kita menyaksikan hasil daripada budaya ini.
Kehilangan MH370 telah mendedahkan antara percanggahan yang paling pelik yang pernah dipaparkan oleh mana-mana pihak yang kononnya bertanggungjawab ke atas tragedi ini. Ketua Polis mencanggahi Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam dan juga Malaysia Airlines.
TUDM mengetahui tindakan berpatah balik yang dilakukan pesawat itu, tetapi tidak berbuat apa-apa, sebaliknya berkata bahawa objek pada skrin radar itu bukannya sebuah ancaman. Ini adalah kenyataan yang paling tidak bertanggungjawab yang pernah dibuat, terutamanya apabila ianya melibatkan keselamatan negara.
Timbalan Menteri Pertahanan memberitahu Parlimen bahawa MH370 berpatah balik mungkin disebabkan ia menerima arahan daripada kawalan trafik udara di Subang.
Beliau kemudiannya mengeluarkan kenyataan bahawa beliau hanya mengandaikan bahawa Subang telah mengarahkan MH370 berbuat demikian, dan selepas diperiksa beliau mendapati bahawa ianya tidak tepat.
Orang kuat DAP, Lim Kit Siang memetik sebuah sumber yang berkata, "Seorang pakar media Kanada telah menegaskan bahawa dalam dunia komunikasi krisis, persepsi boleh menjadi pembunuh."
Timbalan Menteri Pertahanan itu sepatutnya telah diambil tindakan.
Perdana Menteri juga telah menyatakan pada awalnya bahawa pesawat telah sengaja berpatah balik, membayangkan bahawa beberapa orang yang memiliki pengetahuan penerbangan telah melakukannya. Tetapi kini ia telah bertukar kepada sebuah cerita yang berbeza.
Ini hanya menunjukkan bagaimana ceteknya pemikiran semasa. Hasilnya adalah kekeliruan di kalangan mereka yang mencari jawapan kepada nasib orang-orang yang tersayang.
Malahan, senarai kargo telah turut menjadi satu dokumen rahsia. Hanya pada peringkat kemudiannya mereka mengakui bahawa pesawat itu juga membawa kargo berbahaya dalam bentuk bateri litium-ion seberat 200kg. Pada mulanya mereka menyebut bahawa 3-4 tan manggis adalah sebahagian daripada kargo ini.
Usaha mengkaburkan kebenaran ini hanya mencerminkan tahap kecerdasan di kalangan pemain utama negara dalam saga ini.
Sementara itu, Menteri Dalam Negeri keluar dengan hujah yang paling sukar dipercayai, mengenai penolakan permohonan permit cetak Malaysiakini dan FZ Daily.
Dia telah berkata, "Penolakan penafian permohonan FZ Harian dan Malaysiakini adalah langkah awal ke arah mengawal kebanjiran penerbitan akhbar yang 'boleh mengelirukan' rakyat, jika adanya terlalu banyak berita yang diterbitkan oleh pelbagai akhbar."
Ini adalah demokrasi yang diamalkan oleh demokrat separuh hati yang hanya menuruti telunjuk pemimpin mereka.
Mereka sangat memandang rendah kepintaran rakyat. Rakyat mempunyai persepsi yang lebih matang terhadap perkara dan peristiwa-peristiwa semasa, berbanding kepimpinan kerajaan sekarang. Mereka lebih waras daripada orang-orang yang telah diberi mandat untuk mentadbir negara.
Kassim Ahmad, yang saya percaya adalah seorang ahli Umno, juga telah menjadi duri dalam sisi parti pemerintah. Sebagai seseorang yang boleh berfikir beliau telah menyuarakan pendapatnya mengenai isu-isu tertentu yang berkaitan dengan Islam, dan kini beliau didakwa telah menghina Islam dan melanggar fatwa.
Sudah tiba masanya untuk kepimpinan negara sekarang ditukar, kerana ianya sedang mengalami sindrom "Singapura dilanggar todak"

2 comments:

  1. Untuk penganut berimankan UMNO, berkata benar merupakan satu dosa/kesalahan yg amat besar, maka mahu tak mahu terpaksalah menipu, supaya tidak dilabel sebagai penentang tradisi mesti atau wajib menipu itu.

    ReplyDelete
  2. Dlm umngok x boleh bunyi lain.hanya moo moo shj boleh.miaw aoukk2 diharamkan.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa