KUANTAN - Bekas pengarah Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Pahang semalam dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini atas dua pertuduhan menerima rasuah dan mengemukakan invois palsu kepada majikannya pada 2011.
Mohd. Sukarno Abdul Wahab, 56, didakwa menerima wang RM7,000 daripada Sulaiman Ismail sebagai dorongan untuk meluluskan sebut harga pembekalan pakaian dan kostum kepada JKKN Pahang yang dibuat syarikat Gandik Emas Enterprise dan untuk meluluskan pesanan kerajaan kepada syarikat tersebut pada 10 Januari 2011. - sumber
salah didik ini la jadi nya harap pangkat ja tinggi tapi ilmu agama kurang difahami .habuan dunya begitu mudah memperdayakan manusia
ReplyDeletememang kes naya. ada kes besar pun banyak jugak tapi asyik terlepas aja
Jadilah jangan tak ada langsung. Anak ikan bilis pun ikan juga. Nak tangkap jerung, pukat yg ada pulak reput sangat.
ReplyDeleteAda rasuah tersembunyi, ada rasuah yang sengaja disembunyikan ! Tapi yang ketara rasuah tetap berlaku dimana saja tidak terkecuali waima dalam jabatan-jabatan kerajaan. Selagi ada tawaran dan permintaan selagi itulah rasuah sediakala menjalar. Alangkah kejinya perbuatan rasuah sehingga telah menjadi darah daging dan amalan yang tidak lagi manakutkan. Soal moral apa peduli, soal kuasa permudah cara. Dijalan-jalan raya,dipejabat atau jabatan, ada saja perbuatan setan bertopengkan manusia,dan cerita fasal rasuah cukup sinonim dengan gelagat manusia-manusia harini.
ReplyDelete