Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Wednesday, July 16, 2014

"Pak Cik, jika anda membaca ini, sila beritahu kami di ruangan komen di bawah. Kita dengan rela hati akan membayar kos membaiki kereta anda"

Seorang wanita Islam, Melayu dan bertudung berkelakuan macam setan mengamuk
Adakah tudung gagal melemahkan amarah?
Adakah puasa gagal megekang hawa nafsu?
Aku nampak dari gambar.....dia bertudung tetapi adakah menutup aurat?
Dia Islam tetapi tidak pasti pada masa itu dia berpuasa atau tidak?
Hakikatnya wanita ini yang buatkan Islam malu di mata masyarakat lain!

Buli Jalan Raya: Digi Tawar Bayar Ganti Rugi Kerosakan
mStar - Diterbitkan: Rabu, 16 Julai 2014 3:16 PM
PETALING JAYA: Syarikat telekomunikasi Digi menawarkan untuk membayar semua kerosakan yang ditanggung seorang lelaki warga tua gara-gara dimarahi seorang perempuan yang dikatakan sebagai 'pembuli jalan raya' dalam satu kemalangan di Kuantan.

Tawaran itu yang telah dipaparkan di laman Facebook telah dikongsi sebanyak 850 kali dan menerima lebih daripada 1,530 'like'.


"Perkara ini mungkin tidak dapat dikawal tetapi kami melihat kesabaran lelaki itu yang menunjukkan kepada kita nilai empati.

"Pak Cik, jika anda membaca ini, sila beritahu kami di ruangan komen di bawah. Kita dengan rela hati akan membayar kos membaiki kereta anda.

"Bagi yang kecewa, kami tahu ia adalah satu keadaan yang sukar tetapi jika anda boleh memberikan kemaafan ikhlas dari hati anda, kami akan membaiki kereta anda juga," kata 'posting' itu.

Video kejadian itu telah dimuat naik ke Youtube dan merebak serta-merta. 

Dalam video itu, perempuan itu menyerang dan menjerit memanggil lelaki itu "sangat bodoh", melemparkan kata-kata berbaur perkauman dan menuntut dia membayar RM2,000 sebagai pampasan.

Walaupun dikasari, lelaki tua berkenaan tetap tenang dan menawarkan untuk membayar ganti rugi bagi kerosakan.

Amaran pihak PolisPolis Akan Ambil Tindakan Terhadap Pembuli Jalan Raya Di Kuantan

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa