Aku menyelit:
Blogger Pakatan Rakyat, maafkan saya. Selagi saya boleh memahami Nas, saya tidak boleh menerima pandangan saudara yang dengan kenyataan di atas.
Mendenda anak dengan sewajarnya(bijaksana) kerana tidak sembahyang/solat bukannya diistilahkan mendera. Dera bagi saudara itu adalah dera istilah kapir!
Tetapi di mana pula duduknya kesalahan Khalwat di dalam Islam?
Kalau Khalwat mengasingkan diri untuk beribadah kepada Allah adalah sunah, tetapi berkhalwat dengan berdua-duan bersama perempuan bukan muhrim itu bukannya kesalahan kecil wahai tuan rumah blog Pakatan Rakyat ooii! - 'Janganlah kamu menghampiri zina!' - Nas.
Tak ada pula Nas yang menyatakan 'Jangan kamu memukul anak kamu kerana tidak solat!'
Aku hanya tegur bab besar kecil kesalahan di sisi Allah, bukannya bab undang-undang Yahudi dan Perintah Am kerajaan
Aku bukan nak berkhutbah tetapi hanya sekadar pandangan. Sdr/Sdri di luar sana tegurlah aku sekiranya pandangan aku ini tersilap!
Di bawah ini adalah ulasan dari blog berkenaan......
Tourism Malaysia Dah Gila, Kekalkan Bekas Banduan Sebagai Pegawai!!
Penderaan kanak-kanak, dimana-mana tempat dalam dunia sekalipun adalah satu kesalahan jenayah dan pelakunya perlu menerima hukuman yang setimpal dengan kesalahan yang dilakukan mereka.
Kalau mendera untuk mendisplinkan anak pun boleh menjadi satu kesalahan, apatah lagi mendera anak untuk kesalahan yang disifatkan ramai sebagai terlalu kecil seperti tidak sembahyang.
Maka itu keputusan Tourism Malaysia untuk menerima semula pendera kanak-kanak yang telah disabitkan kesalahan mengikut undang-undang Sweden, Azizul Raheem Awalludin yang dibebaskan dari penjara kelmarin, adalah satu keputusan yang tidak boleh diterima akal sama sekali.
Tindakan ini bukan sahaja salah dari sudut norma undang-undang antarabangsa, bahkan berlawanan dengan peraturan Perintah-Perintah Am untuk kakitangan awam sendiri pun.
Semua kakitangan awam, tidak kira yang berkhidmat di dalam mahupun luar negara adalah terikat kepada peraturan yang sama, agak aneh kenapa Azizul diberikan keistimewaan, bukan saja diterima semula bila dibebaskan, malah sejak kes ini mula dibicarakan lagi.
Dari bantuan guaman yang ditanggung sepenuhnya kerajaan sehinggalah sekarang, semua ini menunjukkan ketidakadilan sedang berlaku dalam perkhidmatan awam kita. Sedangkan dalam masa yang sama, ada pegawai kerajaan yang dibuang hanya kerana kesalahan berkhalwat.
Logiknya, antara mendera anak kerana tidak bersembahyang dengan berkhalwat, kesalahan mana paling kecil? Sudah tentulah berkhalwat. Mendera anak hanya kerana tak sembahyang ni hanya perbuatan yang dilakukan oleh orang yang tidak siuman sahaja.
Biasalah orang Islam tak sembahyang, apa yang isu sangat sampai nak mendera-dera kanak-kanak? Lagipun bukankah dalam Islam sudah disebut "tidak ada paksaan dalam beragama"?
Yang nyata, membiarkan manusia yang sudah terbukti ganas terhadap kanak-kanak dalam perkhidmatan awam seperti Azizul, sebetulnya telah mencemarkan perkhidmatan awam itu sendiri. Malangnya dalam hal ini, kerajaan bersalah kerana membiarkan perkara ini terjadi.
Pakatan Rakyat selaku pejuang hak asasi manusia di negara ini tidak seharusnya membiarkan perkara ini berterusan. Perlu ada tekanan supaya kerajaan mengambil tindakan tegas terhadap pendera kanak-kanak seperti Azizul.
Dia bukan sahaja perlu ditamatkan perkhidmatan, bahkan perlu diadili mengikut undang-undang Malaysia - walaupun kesalahan itu berlaku di Sweden. Kalau dapat penjarakan dia untuk beberapa tahun lagi, lebih bagus.
Perkara ini perlu dilakukan cepat sebab bulan September nanti, penjenayah yang sebenar, Shalwati Nor Shal pula akan dibebaskan dari penjara serta pulang ke Malaysia. Memandangkan dia adalah guru yang sedang bercuti tanpa gaji, kita bimbang dia pun akan diterima bertugas seperti mana suaminya.
Sebagai guru, dia bukan sahaja berpeluang mendera anak-anaknya sahaja, tapi mendera anak orang lain yang menjadi anak muridnya. Itu yang kita tak mahu. Sebab itulah tindakan ke atas Azizul perlu dimulakan dari sekarang supaya tindakan sama boleh diambil ke atas isterinya nanti.
Memang bengong maknusia yang mengatakan pukul anak untuk mengajar disamakan dengan dera,apakah orang berkata demikian tidak pernah dipukul oleh ibu bapa dia hinggakan dia boleh cerdik sebegini dan boleh menulis pula dalam blog ini,fikir fikir fikir fikir dan fikir kalau kita ada akal dan otak.
ReplyDeleteItulah masalahnya bila babitkan anak anak kita mudah dikalahkan dengan perasaan
ReplyDeleteSaya tak kenal siapa blogger negara rakyat. Kalau dia bukan-islam saya fahamlah kenapa dia kata merotan anak kerana tak sembahyang merupakan jenayah besar. Tapi kalau beliau seorang islam dia kena mengucap semula; kerana Nabi sendiri menegaskan anak2 yang sudah cukup umor patut dirotan jika tak sembahyang.Tak tahulah pula saya cara dalam agama lain.Tapi setahu saya apa jua bangsa di Malaysia ini bersetuju ibu bapa patut mendisiplinkan anak2 mereka, jika perlu dengan rotan.Mana ada ibu bapa yang merotan untuk mencederakan anak2 mereka? Lihatlah apa terjadi pada kanak2 dan belia Barat yang amat bermegah dengan kebebasan individu sehinggakan anak2 boleh memaki hamun ibu bapa mereka sendiri.
ReplyDelete