Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, July 17, 2014

Pembetulan: Menteri Ayam Ni Kata 10 Tahun Bayaran Balik Tanpa Faedah Itu Untungkan Pemegang Saham? - Korang Setuju?

Kontroversi pinjaman Bank Rakyak: Menteri dakwa keputusan terbaik untuk pemegang saham
OLEH MD IZWAN
Published: 17 July 2014
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hasan Malek teguh dengan keputsannya dalam kes pinjaman Bank Rakyat kepada ahli perniagaan Deepak Jaikishan. – Gambar fail The Malaysian Insider, 17 Julai, 2014
Datuk Seri Hasan Malek menjelaskan keputusan yang dibuat dalam pinjaman membabitkan ahli perniagaan permaidani kontroversi, Deepak Jaikishan dengan Bank Rakyat adalah yang terbaik untuk pemegang saham.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan berkata orang ramai boleh menilai sendiri berdasarkan penjelasan awal yang dibuat dalam satu kenyataan di akaun Facebook miliknya.
"Saya dah jelaskan dalam Facebook, orang ramai boleh menilai," kata Hasan kepada pemberita di Kuala Lumpur.
Bagaimanapun, Hasan mempertahankan tindakan yang dibuatnya dalam proses penstrukturan tersebut.
"Saya teguh dengan pendirian bahawa semua tindakan yang dibuat oleh saya dan pihak bank adalah berpandukan kepada yang terbaik buat pemegang saham.
"Ia dibuat berdasarkan lunas undang-undang dan mengikut norma industri perbankan," katanya.
Dalam kenyataannya lagi, Hasan menafikan keputusan tersebut dibuat secara bersendirian tetapi sebaliknya dilakukan secara bersama.
"Ia dibuat atas nasihat dan perbincangan dari pihak pengurusan bank dan tidak dibuat secara bersendirian," katanya.
Hasan berkata tawaran penstrukturan yang dibuat kepada Deepak adalah langkah terbaik malah lebih menguntungkan pihak bank, bukan seperti yang didakwa pihak tertentu.
"Setelah mengira kos yang terlibat termasuk lelongan dan pembubaran aset didapati penstrukturan akan memberi pulangan pinjaman yang lebih baik berbanding tindakan undang-undang," katanya.
Mengenai dakwaan campur tangan yang dibuat Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli beliau menerangkan seorang menteri mempunyai peruntukan dan kuasa tersebut.
"Sebagaimana dinyatakan dalam Seksyen 16 Akta Bank Rakyat (Peruntukan Khas) 1978 menteri mempunyai kuasa untuk membuat keputusan.
"Ia dibuat mengikut lunas undang-undang yang sedia ada," katanya.
Malah, Hasan berkata pihaknya juga sudah memberikan kerjasama dengan Bank Negara dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
"Siasatan juga dibuat oleh Bank Negara dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia sebelum ini seperti yang telah dinyatakan dalam jawapan Parlimen dan kenyataan media yang diberikan oleh SPRM.
"Semua keterangan telah diberikan termasuk dokumen-dokumen yang relevan juga diserahkan kepada SPRM dan Bank Negara mengenai isu ini," katanya.
Rafizi semalam mendedahkan surat rasmi kerajaan yang ditandatangani Hasan yang dituju kepada Pengarah Urusan Bank Rakyat, Datuk Mustafha Abd Razak mengenai pinjaman berjangka syarikat Deepak, Carpet Tile Sdn Bhd.
Hasan dalam surat itu mengarahkan Bank Rakyat menangguhkan tindakan undang-undang ke atas Deepak berkuatkuasa serta merta.
Manakala baki pembiayaan sebanyak RM32.2 juta akan diselesaikan melalui bayaran bulanan sebanyak RM270,000 untuk tempoh maksimum 10 tahun atau sehingga selesai, yang mana terdahulu.
Skandal pinjaman bank Deepak timbul apabila bekas Pengerusi Bank Rakyat, Tan Sri Sabbaruddin Chik mendedahkan khidmatnya tidak disambung gara-gara enggan mengikut telunjuk Hasan.
Katanya, 10 tahun bayar hutang tanpa faedah hanya akan menyebabkan kerugian terhadap Bank Rakyat. – 17 Julai, 2014.

1 comment:

  1. menteri bahalol lagi....

    apa nak jadi dengan umat melayu yang semakin bahalol akibat milih pemimpin bahalol...

    salah yahudi nasrani ke ?

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa