KOMEN: Kepada semua golongan militan yang menyerang dan membunuh di kawasan perairan Sabah selama beberapa tahun ini, anda sudah diberi amaran.
Kini tentera laut Malaysia telah diberi kebenaran dan bakal menembak sesiapa sahaja yang mencabar kedaulatan negara ini.
Mudah-mudahan warga Sabah akan dapat tidur dengan lebih aman kerana baru hari ini kerajaan persekutuan memandang serius masalah ini.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Zahid Hamidi memang patut diberi pujian kerana memberi kebenaran ini bagi mempertahankan rakyat dan negara, walaupun ia bakal dicerca pihak Barat kerana kononnya melanggar hak asasi manusia.
Malah, pengerusi Pusat Kajian Dasar Awam di Institut Kepimpinan dan Strategi Asia Tan Sri Ramon Navaratnam serta pengarah eksekutif Eric Paulsen turut menentang penggunaan kaedah tembakan ini bagi menjamin keselamatan penduduk di pantai timur Sabah.
Tahukah mereka kesengsaraan yang ditanggung penduduk di situ yang mengancam nyawa sendiri serta keluarga mereka?
Paling penting ialah negara telah banyak bersabar. Banyak yang telah kehilangan nyawa akibat pencerobohan di Sabah.
Bagi yang menentang arahan “tembak-sebaik-nampak” ini, saya kata: Tolong bagitahu perkara itu bagi mereka yang kehilangan anggota keluarga akibat aktiviti pengganas ini.
Rakyat Malaysia serta kerajaan kita telah terlalu banyak bersabar.
Kini biarkan tembakan bermula bagi mempertahankan kedaulatan negara kerana kumpulan militan ini tidak berhak menjejak kaki ke sini.
Menurut laporan The Star, Najib memberi kebenaran agar prosedur baru ini dijelaskan, sebelum pihak keselamatan diberi kebenaran menembak sesiapa sahaja yang disyaki berniat jahat di perairan Sabah.
Perdana Menteri berkata ini bagi menjamin anggota di perbatasan faham keadaan yang membolehkan mereka bertindak sebegitu.
“Kita tidak mahu salah faham dan keadaan yang tidak diingini berlaku,” ujarnya.
Namun, tindakan agresif ini perlu dilakukan kerana masalah keselamatan di Sabah kian meruncing.
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata arahan “tembak sebaik melihat sesuatu yang mencurigakan” ini perlu difikirkan terlebih dahulu.
“Kita tahu ada juga peniaga dan penduduk kampung yang menggunakan perairan itu.
“Jadi perkara ini perlu diperhalusi sebelum diumumkan kepada anggota keselamatan di kawasan tersebut,” beliau memberitahu wartawan selepas majlisiftar Kementerian Dalam Negeri di Kuching, semalam.
Bagi ketua Tentera Laut Tan Sri Abdul Aziz Jaafar pula, langkah ini perlu bagi mengekang aktiviti keganasan yang dilakukan militan Filipina.
Mereka tidak gentar anggota keselamatan Malaysia kerana tidak akan menembak, katanya.
Setakat ini, terdapat empat kejadian berprofil tinggi berhubung penculikan yang melibatkan warga Taiwan, China, Filipina dan Malaysia sejak Esscom ditubuhkan.
Dalam insiden terbaru pada 12 Julai, polis marin Kpl Rajah Jamuan terbunuh manakala Kons Zakia Aleip diculik pengganas yang menyerbu resort di Pulau Mabul berhampiran Semporna.
Ternyata militan ini kurang ajar dan Malaysia wajar bertindak ke atas mereka. - sumber
Malaysia silap dari awal sbb berjinak2 dg mereka kemudian nak berkeras bila dah keadaan menjadi teruk. Macam kerajaan Malaysia dg Israel Yahudi Laknatullah lah.Cerita kat dunia kata Malaysia konsisten dlm memperjuangkan hak rakyat Plastine tapi pada masa yg sama punya hubungan dg Israel dan dilantik sebaga penasihat kerajaan 1Malaysia. Apa punya kemunafikan yg Malaysia ada. Fasal tu Sabri Mulutbuih kata tak perlu ada sidang parlimen terhadap isu serangan Israel ke Semenanjung Gaza. Inilah kerajaan dan kepimpinan yg Malaysia ada. Rakyat Malaysia dah dilembukan dan kini pemimpin Plastine pula nak dilembukan oleh Tok Jib....
ReplyDeletekalau main tembak tembak pakai peluru kacang hijau (kacang tuk bubur kacang hijau tu) , pasti mengalah jugak lanun lanun lahanat...
ReplyDelete