Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, July 17, 2014

Tindakan Hamas Betul: Apa Bezanya Antara Mesir Dan Zionis?

Mesir adalah pengkhianat dengan El-Sisi ketuanya!
Begitulah juga dengan sesetengah negara arab

Hamas tolak gencatan senjata tajaan Mesir
REUTERS
SEORANG budak lelaki Palestin membawa barangan miliknya sambil berjalan melintasi sebuah rumah yang rosak dibedil tentera Israel di Bandar Gaza semalam

BANDAR GAZA - Pergerakan Hamas semalam menolak cadangan Mesir untuk mengadakan gencatan senjata dengan Israel, tidak lama selepas pelan tersebut mendapat persetujuan rejim Zionis
Penolakan itu mengagalkan usaha antarabangsa untuk menamatkan pertempuran sejak seminggu lalu yang telah meragut nyawa 192 penduduk Palestin.
Israel melancarkan beratus-ratus serangan udara ke atas sejumlah sasaran di Genting Gaza sejak seminggu lalu di samping mengerahkan bala tenteranya ke sempadan tetapi masih menangguhkan serangan darat ke atas wilayah Palestin itu.
Tawaran gencatan senjata Mesir itu yang dikemukakan lewat kelmarin, meminta kedua-dua pihak menghentikan keganasan bermula pagi semalam dan disusuli rundingan untuk melegakan penutupan semua pintu sempadan di Gaza.
Penutupan sempadan itu dikuat kuasa oleh Israel dan Mesir sejak Hamas menguasai Genting Gaza pada 2007.
Menurut kenyataan pejabat Perdana Menteri Benjamin Netanyahu, sekumpulan menteri Kabinet Israel menerima tawaran tersebut semalam.
Seorang pegawai kanan memberitahu agensi berita The Associated Press (AP) bahawa Israel akan meningkatkan serangan jika Hamas menolak tawaran Mesir itu.
"Seperti yang anda tahu, Kabinet Israel telah menerima usul gencatan senjata Mesir. Jika Hamas menolaknya, Israel akan meningkatkan operasi ketenteraannya, manakala Hamas akan semakin dipinggirkan termasuk dalam kalangan dunia Arab yang menyokong cadangan tersebut," kata pegawai berkenaan.
Dalam pada itu di Gaza, jurucakap Hamas, Sami Abu Zuhri berkata, cadangan Mesir itu tidak boleh diterima.
Sayap bersenjata Hamas, Briged Izzedine al-Qassam menyatakan dalam satu kenyataan di laman web Hamas bahawa, usul Mesir itu hanya membazirkan dakwat yang digunakan untuk menulisnya.
Terdahulu, beberapa pegawai Hamas memberitahu, mereka tidak yakin dengan janji Mesir dan Israel untuk melonggarkan sekatan sempadan.
Janji serupa merupakan antara persetujuan damai yang dipersetujui oleh Israel-Hamas untuk menamatkan pertempuran lebih seminggu pada 2012 tetapi ia gagal bertahan, manakala keganasan tercetus kembali.
"Adalah tidak munasabah untuk meminta orang yang menjadi mangsa keganasan supaya menerima gencatan senjata dan kemudian menerima terma yang langsung dicabuli oleh Israel pada masa lalu," kata seorang pegawai Hamas. - AP

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa