Yang buat kerja merudum, yang bodek akan melambung!
Rafizi sedang buat kerja, orang lain sedang berperang rebut jawatan
PKR dedah surat campur tangan Putrajaya dengan hutang Deepak
OLEH JAMILAH KAMARUDIN
Published: 16 July 2014
Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli dedah bukti dokumen campur tangan Putrajaya dengan hutang usahawan permaidani Deepak Jaikishen di Bank Rakyat. Gambar fail The Malaysian Insider.
Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli hari ini mendedahkan bukti dokumen wujud campur tangan Putrajaya dalam pentadbiran kewangan Bank Rakyat semata-mata untuk menyelamatkan ahli perniagaan permaidani kontroversi, Deepak Jaikishen daripada hutangnya yang berbaki RM32 juta.
Surat rasmi kerajaan yang ditandatangani Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hasan Malek itu dituju kepada Pengarah Urusan Bank Rakyat, Datuk Mustafha Abd Razak mengenai pinjaman berjangka syarikat Deepak, Carpet Tile Sdn Bhd.
Hasan dalam surat itu mengarahkan Bank Rakyat menangguhkan tindakan undang-undang ke atas Deepak berkuatkuasa serta merta.
Manakala baki pembiayaan sebanyak RM32.2 juta akan diselesaikan melalui bayaran bulanan sebanyak RM270,000 untuk tempoh maksimum 10 tahun atau sehingga selesai, yang mana terdahulu.
"Bayaran bulanan akan dibuat melalui 120 keping cek 'post dated' berjumlah RM32.4 juta berkuatkuasa Januari 2014.
"Tindakan undang-undang akan diteruskan sekiranya cek 'post dated' tersebut gagal dilunaskan," kata Hasan dalam surat tersebut.
Katanya, perkara itu dipersetujui selepas perbincangan diadakan di pejabat Malek di Putrajaya pada 30 Januari lalu antara Naib Presiden Kanan (SVP) Perbankan Korporat Abdul Razak Abu Bakar, Mustafha sebagai wakil Bank Rakyat, dengan peminjam iaitu Deepak dan Rajesh. – 16 Julai, 2014.
AKU BUKSAN NAK CAKAP KOSONG TAPI KAMI SATU KELUARGA DAH TAK PERCAYA KAN POLITIK DIMALAYSIA SEMUA NYA ADA KEPENTUNGAN UNTUK DIRI SENDIRI TAK DINAFI TAKAN PRADA BUAT KEJA BAGI MENGHAPUSKAN GEJALA GEJALA YANG MEROSAKAN NEGARA.TAPI APABILA KITA CUBA HANTAR SALAH SATU MASALAH YANG KITA HADAPI DENGAN PENTABIR KERAJAAN MEREKA PUN SEOLAH MEMBUAT KERJA SAPERTI MELEPAS BATUK DITANGGA SAAJA.TAK LEBIH DARI PADA ITU .TETAPI YANG PELIK NYA SEOLAH OLAH ISU ITU PERLU DIPILIH DAHULU BAGI MENGASRASINYA. KALU BEGINI CARANYA KAMI SEKELUARGA YANG TERDIRI DARI HAMPIR SERATUS ORANG BAIK TIDAK PAYAH MENGUNDU SAPA PUN
ReplyDeleteUtk anno diatas... Kalau xpercaya politik malaysia pi le dok amerika... Xnak pun pi masuk gua boleh beristirehat atau bertapa kat gua... Jenis manuia xda pendirian dan xnak berfikir... Allah kurniafikiran utk kita berfikir... Kita tu baik sangat ke?...
ReplyDelete