Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Friday, July 18, 2014

MH17: Semua Jawapan Penuh Dengan Penafian! - Salah Satu Mangsa Adalah Senator Belanda,

Rusia dan Ukraine saling tuduh menuduh dengan tiada mana-mana pihak mengaku bertanggung jawab
Pihak MAS juga menafikan yang laluan tidak selamat dan demi penjimatan minyak
Yang mati tetap ditangisi........
Sama juga dengan apa yang terjadi kepada MH370
Hakikatnya Allah saja yang tahu!

Menteri nafi laluan rentas ruang udara Ukraine tidak ditukar untuk jimat minyak
OLEH MD IZWAN
Published: 18 July 2014
Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai menafikan penerbangan Malaysian Airlines (MAS) tidak menukar laluan merentasi ruang udara Ukraine kerana mahu menjimatkan minyak.
"Ia tidak benar," katanya dalam sidang media di Hotel Sama-Sama hari ini.
Liow mempertahankan tindakan MAS mengekalkan laluan di wilayah berkonflik tersebut memandangkan ia sudah digunakan sejak bertahun-tahun lamanya.
"15 daripada 16 pesawat Asia menggunakan laluan itu," katanya.
Liow juga berkata pihak Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) tidak memaklumkan sebarang ancaman bahaya di laluan tersebut.
"Itu memang laluan yang diberikan ICAO.
"Mereka tidak memaklumkan apa-apa kepada kita mengenai laluan itu," katanya.
Setakat ini pihaknya mengesahkan 298 penumpang ‎terkorban; 173 daripadanya warga Belanda.
Penumpang yang lain melibatkan 44 warga Malaysia, Australia (27), Indonesia (12) United Kingdom (9), Jerman (4), Belgium (4), Filipina (3), Kanada (1) New Zealand (1).
Liow berkata, 20 indentiti mangsa masih sedang dikenalpasti.
Mengenai keputusan MAS mengumumkan tidak menggunakan laluan tersebut hari ini, Liow berkata ia kerana laluan tersebut sudah ditutup oleh pihak berkuasa negara tersebut.
"Laluan tersebut sudah ditutup," katanya.
Liow juga menjelaskan pihaknya masih belum menerima sebarang pengesahan mengenai penemuan kotak hitam seperti yang dilaporkan agensi berita luar negara.
"Saya ada dengar, tetapi belum ada pengesahan," katanya.
Beberapa negara Asia berhenti menggunakan laluan penerbangan MH17 yang ditembak semalam sejak berbulan lepas kerana konflik di Ukraine.
Dua penerbangan Korea Selatan, Korean Air dan Asiana serta Australia Qantas tidak lagi menggunakan laluan tersebut sejak Mac selepas tentera Rusia bergerak ke Crimea.
Awal hari ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak juga mengesahkan pesawat Boeing 777-200 tersebut tidak melalui kawasan udara zon konflik negara berkenaan.
Terkejut dengan insiden tersebut, MAS hari ini juga mengumumkan menukar semua laluannya di Eropah ke laluan alternatif bagi mengelak ruang udara Ukraine selepas pesawat MH17 Boeing 777 terhempas di kawasan itu semalam.
Malaysia hari ini digemparkan dengan berita pesawat MAS Boeing 777 ditembak jatuh dari udara selepas empat bulan pesawat MH370 hilang dari radar.
Menurut pelbagai pihak, kumpulan pemberontak pro-Rusia dipercayai terlibat dalam tembakan itu.
Ekoran itu, semua pihak membantahnya dan mengharapkan siasatan terperinci dibuat dan penjenayah itu dibawa ke muka pengadilan. – 18 Julai, 2014.

Senator Belanda antara mangsa nahas MH17

Senator Belanda, Willem Witteveen disahkan sebagai antara 298 mangsa ‎nahas pesawat MH170 yang ditembak jatuh puak pemisah di Ukraine, awal pagi waktu Malaysia.
Witteveen, 52, wakil Parti Buruh dipilih sebagai ahli Senat pada Januari 2013 selepas berkhidmat buat kali pertama dari tahun 1999 hingga 2007.‎
Menurut‎ laporan media Belanda, Witteveen yang juga profesor di Universiti Tilburg berada di atas pesawat bersama isteri dan anaknya.
Manakala 20 identiti mangsa masih dikenal pasti.
MH17 hilang dari radar ketika memasuki ruang udara timur Ukraine kira-kira 10.15 (waktu Malaysia), sejam selepas pesawat jenis Boeing 777 itu berlepas dari lapangan terbang Schiphol, Amsterdam menuju ke Kuala Lumpur. – 18 Julai, 2014.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa