Soalnya kenapa setelah membuat tuduhan, kenapa pula tidak mahu berikan kerjasama?
IGP: Sanjeevan sengaja mahu burukkan polis
mk - 12:59PM - 16 Jul 2014
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar hari ini menempelak pengerusi NGO pemantau jenayah MyWatch, R Sanjeevan yang disifatkannya sebagai sengaja mahu memburukkan nama baik pasukan itu apabila membuat dakwaan salah laku polis tanpa mengemukakan bukti.Menurutnya, polis menemui Sanjeevan untuk menjalankan siasatan berhubung dakwaan video seks pegawainya namun, Sanjeevan enggan memberikan kerjasama sehingga memaksa polis mengemukakan notis kepadanya untuk menyerahkan bahan bukti.
"Orang ini dia tak ikhlas untuk betulkan keadaan tapi dia bertujuan hendak malukan individu tertentu.
"Apabila saya hantar pegawai saya jumpa dia, dia tak nak kerjasama, dia buat cerita saya membohong.
"Kalau dia tak nak kemukakan pada polis, dia boleh kemukakan pada SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia)," katanya dalam sidang media di Bukit Aman pagi ini.
"Dia cakap sana sini tapi dia tiada bukti yang dia kemukakan.
"Dia ini tak ikhlas, nak malukan polis," kata Khalid lagi.Sanjeevan sebelum ini mendakwa menerima sepucuk surat dari Bahagian Tataertib Bukit Aman menggesa beliau menyerahkan bukti yang didakwa sebagai rakaman skandal seks seorang pegawai tinggi polis dengan pangkat kebesaran istana.
Surat itu juga memaklumkan Sanjeevan bahawa dakwaannya itu disiasat di bawah Seksyen 509 Kanun Acara Jenayah dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Seksyen 509 Kanun Acara Jenayah menetapkan hukuman penjara lima tahun atau denda, atau kedua-duanya sekali bagi kesalahan menghina orang lain.
Sekseyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 pula menetapkan denda sebanyak RM50,000 atau penjara tidak lebih setahun untuk kesalahan menggunakan kemudahan rangkaian untuk kegunaan yang tidak sopan.
No comments:
Post a Comment
Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa