Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Friday, July 18, 2014

MH17: Diserang Mungkin Cubaan Bunuh Putin Tetapi Siapa Dalangnya?

MH17: Mungkinkah Cubaan Bunuh Presiden Rusia Vladimir Putin?
Diterbitkan: Jumaat, 18 Julai 2014 11:23 AM - mStar

SEMUA pesawat penumpang di seluruh dunia kini tidak melalui ruang udara timur Ukraine berikutan nahas Penerbangan Malaysia (MAS) MH17 yang dipercayai ditembak jatuh oleh kumpulan pemisah di wilayah itu.
Maklumat terbaharu mendedahkan bahawa pesawat Presiden Rusia, Vladimir Putin mungkin menjadi sasaran cubaan bunuh.
Laporan agensi berita Interfax menerusi beberapa sumber, pesawat MH17 menggunakan laluan penerbangan yang hampir sama dengan laluan yang digunakan oleh pesawat Putin sejurus sebelum nahas berlaku yang mengorbankan 298 orang.
"Saya boleh katakan bahawa pesawat Putin dan pesawat Boeing oleh Penerbangan Malaysia melalui laluan yang sama. Ia berhampiran dengan Warsaw pada ketinggian 10,100 meter. 
"Pesawat presiden itu berada di kawasan itu pada pukul 4.21 petang waktu Moscow dan pesawat Malaysia pada pukul 3.44 petang waktu Moscow," kata sumber berkenaan.
"Bentuk kedua-dua pesawat juga hampir sama, dengan dimensi garisan yang sama pada warnanya, menyebabkan mereka kelihatan sama jika dilihat dari jarak jauh," tambah sumber itu.
Pada masa sama, terdapat laporan yang bercanggah dengan laporan Intefax bahawa pesawat presiden tidak terbang di ruang udara Ukraine pada waktu yang sama.
Menurut sumber kepada portal berita Gazeta.ru, pesawat Putin berlepas dari terminal Vnukovo-3, tetapi presiden tidak melalui di kawasan konflik antara kerajaan Ukraine dan puak pemisah pro-Rusia
"Putin hanya mempunyai satu pesawat iaitu Board One, beliau tidak terbang menggunakan pesawat lain. Pesawat ini sentiasa berlepas dari Vnukovo-3, tetapi pesawat presiden sudah lama tidak terbang melalui Ukraine," kata sumber di terminal Vnukovo-3.
Ketika nahas berlaku membabitkan MH17, Putin dalam penerbangannya menggunakan pesawat presiden  dari Brazil ke Moscow selepas menghadiri satu sidang kemuncak.
AS yakin MH17 diserang, tapi keliru siapa dalang
SH - 18 Julai 2014
Pesawat penumpang Malaysia terhempas di Ukraine

HASIL siasatan yang dilakukan ke atas data satelit di negara Ukraine mendapati pesawat MH17 sememangnya telah diserang dan diletupkan di udara ketika mengambil laluan berhampiran sempadan Rusia untuk ke Kuala Lumpur.

Menurut laporan yang dipetik CNN, Amerika Syarikat kini yakin bahawa pesawat MH17 yang terhempas telah diserang di udara dan ditembak dengan peluru berpandu.

Namun hasil siasatan sedikit tergantung apabila pihaknya tidak dapat mencari pihak yang mendalangi insiden berkenaan.

Pegawai kanan AS Barbara Starr dilaporkan berkata, berdasarkan sistem radar, pihaknya melihat sistem peluru berpandu darat ke udara dihidupkan dan terdapat kesan pesawat sebelum terhempas.

Manakala sistem kedua melihat kesan haba ketika pesawat ditembak.

Amerika Syarikat berkata, pihaknya kini sedang menganalisis trajektori peluru berpandu untuk menentukan dari mana ia datang.

Sementara itu, media asing turut memetik kenyataan puak pemisah pro Rusia yang mendakwa kotak hitam pesawat MH17 berada di tangan mereka.

Stesen radio Rusia, Kommersant FM pula melaporkan bahawa kotak hitam telah dihantar ke Moscow oleh puak pemisah Rusia yang tidak dikenalpasti.

1 comment:

  1. mamat tu sembang kencang ingat rusia tu magnolia ka
    kawasan perang hang pi terbang nak cari nahas silap haribulan
    amarika cilaka bukan main sibuk dengan kes ni tapi yang hilang tu tak dipedulinya

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa