Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Friday, July 18, 2014

Laporan Terbaru 2:44 - Bintang Ini Mengaku Tembak: Bala Lagi: MH17 Ditembak Jatuh Di Ukraine - Galeri Gambar

Baca berita dari Omak Kau

Galeri Gambar Nahas MH17 Milik MAS 
mStar - Diterbitkan: Jumaat, 18 Julai 2014 2:44 AM
BERIKUT merupakan rakaman gambar nahas penerbangan MH17 milik MAS yang didakwa ditembak jatuh di Donetsk, kira-kira 40 kilometer dari sempadan Rusia pada Khamis


 
 
 


 
 
 
 
 
GRABOVO, Ukraine: Ukraine memberitahu pesawat penumpang, MH17 milik Penerbangan Malaysia (MAS) ditembak jatuh pada Khamis kerana memasuki ruang udara kawasan konflik antara kerajaan negara itu dengan puak pemisah pro-Rusia.
Bagaimanapun Ukraine menafikan telah menembak jatuh pesawat tersebut.


Petugas media agensi berita antarabangsa, Associated Press (AP) yang sempat ke lokasi nahas di timur Ukraine mendedahkan telah menemui 22 mayat.
Pesawat itu didakwa hancur akibat terhempas dengan kesan terbakar termasuk barangan penumpang yang bertaburan di kawasan ladang gandum berkenaan.
Nahas itu mengorbankan 295 penumpang dan anak kapal yang dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur.
Sementara itu, Presiden Ukraine, Petro Poroshenko menyatakan nahas itu merupakan tindakan pengganas serta meminta siasatan antarabangsa dijalankan terhadap insiden berkenaan.
Kerajaan negeri Donetsk pula memberitahu, kawasan tersebut telah diambil alih oleh puak pemisah pro-Rusia dan pertempuran udara antara mereka dan kerajaan telah berlaku sejak beberapa hari lalu.
Penasihat Menteri Dalam Negeri Ukraine, Anton Gerashenko berkata, pesawat awam itu ditembak jatuh menggunakan sistem peluru berpandu darat ke udara ketika ia berada di ketinggian 10,000 meter (33,000 kaki).
Jelasnya, sistem peluru berpandu tersebut berupaya menembak jatuh pesawat di ketinggian 22,000 hingga 72,000 kaki.

A Boeing 777 flying from Amsterdam to Kuala Lumpur comes down in Ukraine after reportedly being hit by a ground-to-air missile.
Laporan lain dari skynews gambar-gambar

Pesawat Malaysia ditembak jatuh - Penasihat Menteri Dalam Negeri Ukraine

KIEV: Seramai 280 penumpang, 15 kru maut selepas pesawat ditembak jatuh di Ukraine, kata Penasihat Menteri Dalam Negeri Ukraine yang dipetik Interfax, agensi berita negara itu.

Pesawat M'sia terhempas dekat sempadan Ukraine-Rusia
mk - 11:00PM - 17 Jul 2014
Sebuah pesawat dari Malaysia dilaporkan terhempas di Ukraine dekat sempadan Rusia, lapor agensi berita lewat malam ini.

Malaysia Airlines mengesahkan pasukannya terputus hubungan dengan pesawat MH17.

"Kedudukan terakhir adalah di ruang udara Ukraine," kenyataan MAS di Twitter dipetik.

Sementara itu, Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata dakwaan bahawa pesawat itu ditembak jatuh masih belum disahkan.

"Tiada pengesahan bawah ia ditembak jatuh. Tentera kita sudah diarahkan untuk menanganinya," katanya di Twitter.

Sementara itu, laporan Reuters yang memetik laporan agensi berita Interfax menyebut, pesawat itu membawa 295 penumpang dan anak kapal dari Amsterdam ke Kuala Lumpur.

Menurut Reuters yang memetik kenyataan sumber penerbangan di Moscow menyebut, pesawat itu ditemui terbakar di permukaan tanah di timur Ukraine.

Laporan Interfax itu memetik sumber industri penerbangan, yang masih belum dapat disahkan buat masa ini.

Sementara itu, laporan Al-Jazeera menyebut, Malaysia Airlines mengesahkan kejadian itu dan dijangka akan mengeluarkan satu kenyataan tidak lama lagi.

Menurut Al-Jazeera, pesawat terlibat dipercayai pesawat Boeing 777 dengan nombor penerbangan MH17, yang berlepas dari Amsterdam pada jam 2.14 pagi waktu tempatan.

Ia dijangka tiba di Kuala Lumpur pada kira-kira jam 6 pagi.

Laporan itu juga menyebut, ia mungkin terhempas di kawasan yang menyaksikan pertempuran sengit antara Rusia dan Ukraine.

Menurut Interfax, pesawat itu terhempas hanya 50 km selepas memasuki ruang udara Rusia.

Laporan yang memetik sumber keselamatan Ukraine yang tidak dinamakan itu menyebut, pesawat itu hilang dari radar ketika berada di ketinggian 10,000 meter.

Ia disyaki terhempas dekat bandar Shakhtyorsk.

Berikut adalah perkembangan terbaru sejak jam 12.01 pagi, Jumaat  18 Julai.

12.15: Laporan Reuters memetik kenyataan penasihat kerajaan Ukraine yang berkata pesawat Malaysia itu ditembak jatuk oleh militan di timur Ukraine, mengorbankan kesemua 295 orang dalam penerbangan tersebut.

Ia menyebut, pesawat itu jatuh dekat bandar Donetsk, yang menjadi kubu kuat pemisah pro-Rusia.

Menteri tersebut, Anton Gerashchenko dilaporkan berkata, pesawat itu terkena tembakan peluru berpandu dari permukaan darat.

Laporan itu mendakwa, penduduk tempatan telah menemui bangkai pesawat.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa