SH - 21 Januari 2015
BARU-BARU ini seluruh dunia dikejutkan dengan insiden berdarah melibatkan serangan oleh dua individu terhadap penerbit majalah satira Charlie Hebdo.
Namun, benarkah seperti yang dilaporkan media bahawa anggota polis dalam serangan itu mati ditembak?
Sebuah video bertajuk ‘Charlie Hebdo Shootings - Censored Video’ yang berdurasi hampir tiga minit mendedahkan bahawa penyerang Charlie Hebdo tidak menembak kepala anggota polis yang terlibat dalam serangan tersebut, sebaliknya penyerang itu dikatakan membidik
laras automatiknya ke lantai dan melepaskan tembakan jauh dari kepala anggota pihak berkuasa itu.
“Kalau kita lihat secara jelas, kita boleh nampak pegawai polis itu sebenarnya tidak ditembak pada kepala seperti yang dilaporkan oleh media, sebaliknya peluru tersebut terkena pada lantai di kepalanya.
“… Kita boleh tengok debu berterbangan di kaki lima berdekatan kepalanya, menandakan tembakan dilepaskan di situ. Penyerang menggunakan laras senapang AK-47, dengan sebutir peluru mengenai kepala, ia cukup untuk membuatkan otak dan darah berada di
mana-mana… Kalau ini pun mereka tipu, apa lagi yang mereka boleh tipu?” katanya seperti yang dipetik menerusi video tersebut.
Pemilik video tersebut juga mendedahkan tiada tompok darah dikesan pada mangsa yang dikatakan ditembak, sekaligus menguatkan lagi andaian bahawa anggota polis tersebut terselamat dari peluru penyerang tersebut.
Video yang didedahkan sejak 10 Januari itu dilapor mendapat 2,687,612 hit dan angka tontonannya terus meningkat naik.
Sementara itu, pendedahan paparan video tersebut mencetuskan pelbagai pendapat dan reaksi orang ramai.
Pelik sungguh...dari insiddn ini...Perncis yg tak mahu campur tangan di Asia Barat terus hantar kapal induk ke perairan Iraq.
ReplyDeleteNak hampir akir zaman kot.