Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Wednesday, January 28, 2015

Dakwat Kekal punya pasal: Seorang lagi menjadi mangsa!

Nasib Sarjan Jamal lebih baik berbanding Mej. Zaidi kerana hanya diturunkan pangkat
Kalau keputusan ini boleh dicabar di Mahkamah Tinggi, kenapa tidak dilakukan?

Rasanya nak tengok dan nak tahu juga bagaimana Mahkamah Tinggi putuskan nanti.....

Aku rasa segala-galanya yang berlaku ini SPR yang bertanggung jawab......tak jawab sekarang pun jawablah di hadapan Rabbul Jalil nanti

Seorang lagi dihukum kerana langgar protokol dalam isu dakwat kekal 
Published: 28 January 2015 6:51 AM
Hukuman kepada Mejar Zaidi Ahmad automatik jatuh kepada anggota TUDM, juruteknik Jamil Ibrahim yang sama-sama membuat laporan polis berkenaan masalah dakwat kekal semasa PRU13. – Gambar fail The Malaysian Insider, 28 Januari, 2015.

Seorang sarjan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang membuat laporan polis bersama Mejar Zaidi Ahmad berhubung masalah dakwat kekal semasa Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) pada Mei 2013 diturunkan pangkat kerana melanggar protokol, kata sumber.
Sumber berkata, arahan turun pangkat kepada sarjan itu dikeluarkan beberapa hari lalu terhadap juruteknik Jamil Ibrahim yang berpangkalan di kem TUDM Butterworth, selepas Zaidi dipecat pada 12 Januari kerana didapati bersalah di atas 2 pertuduhan melanggar protokol kerana mendedahkan masalah berhubung dakwat kekal.
Zaidi didapati bersalah oleh Mahkamah Tentera di Kuala Lumpur. Jamal didakwa kerana melanggar arahan agar tidak bercakap kepada media. Sumber memberitahu, hukuman diputuskan selepas Zaidi dipecat.
“Zaidi didapati bersalah dan secara automatiknya Jamal juga. Dia tidak dibicarakan di mahkamah tetapi tetap dihukum kerana pertuduhan itu,” kata sumber kepada The Malaysian Insider.
Difahamkan, Jamal hanya dibicarakan di hadapan Pegawai Pemerintah di Kem TUDM Butterworth.
Sumber berkata, Jamal diberikan pilihan sama ada membawa kesnya ke Mahkamah Tentera atau dibicarakan Pegawai Pemerintah dan dia memilih pilihan kedua.
Sumber berkata, oleh sebab “tercalar” dengan penurunan pangkatnya, Jamal mungkin kehilangan peluang kenaikan pangkat pada masa akan datang.
Jamal yang berumur 40-an dan sudah berkhidmat bersama TUDM selama 20 tahun dijangka akan bersara pada 2016.
Menurut sumber, gaji Jamal akan diturunkan dan berkemungkinan tidak akan melawan kesnya kerana hanya tinggal setahun sebelum bersara.
Zaidi apabila dihubungi The Malaysian Insider memberitahu sedar tentang hukuman tersebut. Dia mendapat kiriman pesanan ringkas (SMS) daripada Jamal memberitahunya tentang hukuman pada 21 Januari.
“Dia didakwa kerana bercakap dengan media. Tetapi satu-satunya perkara yang dia beritahu media adalah dia juruteknik kem TUDM Butterworth,” katanya.
Pengerusi Bersama Bersih 2.0 Maria Chin Abdullah berkata, mereka cuba mendekati Jamal dan bertanya jika dia memerlukan peguam untuk kesnya akan tetapi ditolak.
“Dia beritahu kita dia mahu tunggu hingga kes Mejar Zaidi selesai,” kata Maria.
Percubaan The Malaysian Insider untuk mendapatkan komen TUDM dengan menghubungi pegawai media termasuk Jeneral TUDM Datuk Seri Roslan Saad tidak berjaya. SMS yang dikirim juga tidak dibalas.
Jamal merupakan salah seorang daripada 3 orang yang membuat laporan polis berhubung dakwat kekal selepas PRU13 pada Mei 2013. Dua lagi ialah Zaidi dan isterinya Shafinah Abdul Hamid. – 28 Januari, 2015.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa