Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Tuesday, January 27, 2015

Adakah Nik Nazmi ingat rakyat tidak percaya ahli politik dari BN sahaja?

Ahli politik tidak boleh dipercayai
 | January 27, 2015
PAS tetap ingin terus bersama Pakatan Rakyat, situasi masa kini akan memberi kesan kepada Pakatan Rakyat
Nik Nazmi Nik AhmadPETALING JAYA: ADUN Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad optimis bahawa ketiga-tiga parti komponen di dalam Pakatan Rakyat akan terus kekal walaupun situasi semasa memperlihatkan ‘ketegangan’ di antara DAP dan PAS dalam isu Pilihanraya Kerajaan Tempatan.
“Kadang-kala politik tempatan juga akan kucar-kacir,” katanya sewaktu forum di Petaling Jaya.
Beliau yang percaya bahawa PAS tetap ingin terus bersama Pakatan Rakyat bagaimanapun tidak menafikan situasi masa kini akan memberi kesan kepada Pakatan Rakyat.
“Saya percaya PAS akan terus bersama Pakatan Rakyat,” ujarnya lagi dalam forum tersebut.
Berhubung isu model politik yang diguna pakai oleh Barisan Nasional (BN), Nik Nazmi merasakan bahawa ia sudah hampir ke penghujungnya.
“Ini kerana di dalam BN, UMNO sahaja merupakan parti tunggal yang mengetuai 12 parti komponen yang lain. Manakala, parti di dalam Pakatan Rakyat mempunyai kekuatan yang hampir sama,” ujarnya.
Tambah Exco Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, Sains dan Teknologi serta Inovasi Selangor itu, disebabkan itu perkara yang menjadi cabaran buat dirinya adalah membentuk dan memperoleh kepercayaan masyarakat.
“”Rakyat kini secara umumnya tidak mempercayai kerajaan atau ahli politik kini kerana ada beberapa isu seperti isu 1 Malaysia Development Berhad (1MDB), National Feedlot Centre’s (NFC),” katanya.
Jelas Nik Nazmi lagi, rakyat kini sudah tidak ambil peduli bagaimana polisi kerajaan dilaksanakan , tetapi rakyat kini ingin tahu, siapakah yang akan menikmati dan untuk siapakah polisi itu dilaksanakan.
Beliau seterusnya berkata, “”Ahli politik kini sudah tidak boleh dipercayai walaupun dari kalangan parti.”
Jelas beliau lagi, dalam menempuhi pilihan raya umum akan datang, sama ada suka atau tidak, masyarakat Melayu merupakan penduduk di Malaysia.
“Disebabkan itu, kita (Pakatan Rakyat) membawa isu dan masalah yang dihadapi oleh masyarakat Melayu.
“Seperti perbezaan taraf hidup antara golongan kaya dan miskin,jurang masyarakat bandar dan luar bandar,” ujar beliau lagi.

4 comments:

  1. Masalah sekarang ialah LKS berkeras tidak akan menghadiri mesyuarat presiden PR yang akan diadakan dalam masa terdekat selagi PAS berkeras dengan hudud.

    ReplyDelete
  2. Cina ber satu , ekonomi pun Cina kuasai....

    PAS bahalol dan tiada nilai ekonomi pun.

    Cina boleh buat kampong prang orang maju atau pun layu.

    Selagi PAS gagal kuasai ekonomi , PAS hanya untuk bangsa bahalol saja.

    PAS mesti pakai otak dalam ber politik ; malang nya orang orang PAS tak de otak dan kalau ada pun Otak Gred 3 Bahalol.

    Yang rugi orang orang Melayu yang rata rata miskin tak de duit.

    ReplyDelete
  3. Kalau PAS nak sembang bab melayu, elok sangat PAS keluar PR dan join UMNO. Tak payahlah PAS nak bersilat minda menepis angin shj.

    ReplyDelete
  4. Masalah sekarang ialah LKS berkeras tidak akan menghadiri mesyuarat presiden PR yang akan diadakan dalam masa terdekat selagi PAS berkeras dengan hudud.
    Siapakah yang boleh selesaikan masalah ini? Kita tengok dan lihat.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa