Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Friday, January 23, 2015

Adakah Malaysia di suatu masa nanti akan menghadapi fenomina yang sama?

Ooh....saya terlupa. Sebenarnya keadaan ini sudah pun berlaku sekarang. Cuma pada kita apa yang berlaku adalah mungkin generasi ketiga dan keempat - maklumat populasi dari wikipedia

Itulah sebabnya Perkasa dan Isma resah gelisah dan begitu vokal agaknya!

Generasi Pertama & Kedua Imigran Kini Kuasai Switzerland
Diterbitkan: Khamis, 22 Januari 2015 10:46 PM
GENEVA: Generasi pertama dan kedua imigran kini telah menguasai sepertiga jumlah penduduk Switzerland yang berusia 15 tahun ke atas.

Sebahagian besar daripada pendatang ini adalah dari benua Eropah juga dengan keturunan Itali dan Jerman merupakan yang terbesar iaitu 11 peratus setiap satu.
Ini diikuti oleh keturunan Portugis dan Perancis.

Pada 2013, 2.4 juta daripada 6.8 juta penduduk Switzerland yang berusia 15 tahun ke atas adalah terdiri daripada generasi pertama dan kedua imigran.

Sedangkan pada 2003, jumlah imigran di negara itu cuma 1.7 juta orang sahaja, demikian menurut data yang dikeluarkan oleh Pejabat Statistik Persekutuan pada Khamis.

Statistik itu juga menunjukkan, lebih sepertiga daripada mereka kini memegang pasport Switzerland.

Bagaimanapun, memperolehi kerakyatan di Switzerland tidak mudah dan memakan proses yang panjang.

Tidak ada jaminan yang generasi kedua atau ketiga daripada keturunan imigran ini akan memperolehi kerakyatan secara automatik.

Mana-mana imigran yang tidak mempunyai pertalian darah dengan warga Swiss sama ada menerusi perkahwinan arau kelahiran adalah diwajibkan bermastautin di negara itu sekurang-kurangnya 10 tahun sebelum layak memohon kerakyatan.

Namun begitu mereka masih dituntut membuktikan yang mereka boleh menguasai bahasa Swiss dengan baik dan berintegrasi dengan budaya tempatan.  - sumber

3 comments:

  1. habis la pekasam & isemak :) ABU !

    ReplyDelete
  2. Bila oramg orang Melayu jafi bahalol akibat malas dan kuat kaya ber gaya , pasti sudah jadi papa kedana.

    Bukan salah imigran pun.

    ReplyDelete
  3. D Malaysia dah pun d kuasai... Tiap tahun berapa byk tukang gunting dr india masuk n xbalik belum campur china doll lg yg xreti nak pulang ...depa dah jd isteri ketiga dan keempat towkey kat malaysia... Salah pas dan dap ke ni... Mana immigresen... Mana menteri dlm negeri... Xkan geng tu masuk pun nak salah pr kot...

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa