Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Monday, January 26, 2015

Setelah diperap sekian lama, Anwar dah tak kisah?

Anwar: Apa nak jadi, jadilah
mk - 1:23PM - 26 Jan 2015
Que sera sera. (Api hendak jadi, jadilah).”

Begitulah reaksi segera Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika mengulas berhubung keputusan kes liwat keduanya yang akan diumumkan pada 10 Februari ini.

Beliua menulis di Twitter berhubung perkara itu sambil mentweet semula laporan berkaitan perkembangan itu oleh sebuah portal berita.

Ungkapan itu asalnya daripada bahasa Sepangol yang menjadi popular selepas digunakan sebagai lirik lagu pada 1956 oleh penyanyi Amerika Syarikat Doris Day.

Anwar juga mengaminkan gesaan pemimpin PKR Dr Badul Amin Baharom di Twitter supaya orang ramai berdoa dan turun memberikan sokongan kepada ketua pembangkang itu ketika keputusan disampaikan bulan depan.

Mahkamah Persekutuan sebentar tadi mengumumkan tarikh keputusan itu akan disampaikan melalui Twitter kehakiman Malaysia.

3 comments:

  1. Ketika perbicaraan di mahkamah rayuan dulu, teramat pantas keputusan dibuat kerana keputusan telah disetup untuk menjatuhkan DSAI didapati bersalah dgn apa cara sekalipun. Untuk mengurangkan bahang perbahasan rakyat tidak semena-mena MH370 ghaib. Kini mahkamah persekutuan pula mengambil masa yg lama untuk membuat keputusan, kerana mengambil masa memikirkan kong kali kong apakah yg sesuai untuk diputuskan. Jika keputusan tidak memihak kpd DSAI, mungkin kedudukan MH370 diumumkan telah ditemui di Laut China Selatan pula. Maka akan hebohlah akan isu MH370 untuk menenggelamkan isu DSAI. Atau boleh jadi juga akan ada isu tergempar yg lain dlm perancangan, direncanakan supaya seolah-olah satu 'kebetulan' shj.

    ReplyDelete
  2. Orang orang Bijak dan yakin kebesaran Allah SWT tidak akan tunduk pada permaiman bebudak bahalol....

    Jenama Anwar Ibrahim itu sendiri lebih besar dari Juta juta kumpulan Bahalol negara yang di pimpin Mat Bahalol.

    ReplyDelete
  3. Pemilmpin Islam yang bijaksana akan menggunakan kejujuran dan keikhlasan dalam menunaikan tanggungjawab terhadap ALLAH SWT.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa