Kalau di Pulau Pinang tersekat di Mahkamah Persekutuan, takkanlah Mahkamah mengamalkan double standard di Selangor
DAP dan PKR tolonglah jangan jadi Pak Pandir!
PKR akan bincang dengan DAP isu pilihan raya PBT
SHAH ALAM – DAP harus berfikir secara menyeluruh termasuk kesan negatif jika pilihan raya Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dilaksanakan di Pulau Pinang.
Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, perbincangan DAP dengan pihak berkepentingan perlu dilaksanakan sekiranya parti tersebut tetap berdegil untuk meneruskan pilihan raya terbabit.
“Kita tidak pernah menolak prinsip demokrasi di peringkat tempatan. Cuma saya minta DAP faham konteks Negara kita dari segi kaum dan sebagainya.
“Kita perlu fikir secara menyeluruh jika mahu melaksanakan pilihan raya itu.. Tentang bagaimana nak laksana pilihan raya itu, hal itu kita kena bincang panjang lebar,” katanya ketika ditemui Sinar Harian selepas mengadakan lawatan rasmi ke Kumpulan Media Karangkraf hari ini.
Bagaimanapun katanya lagi, jika DAP masih merancang untuk melaksanakan pilihan raya tersebut, parti itu perlu mencari jalan untuk mencapai persefahaman dan persepakatan yang diamal di Negara ini.
“DAP menghormati konsep persefahaman antara bangsa, kaum dan agama yang ada di Negara ini. Buat masa sekarang perbincangan dengan pelbagai pihak merupakan langkah tepat untuk merangka pilihan raya tersebut secara menyeluruh,” katanya lagi.
ini bukti apa yg dikatakan tghh itu ada betulnya, cuma ia dinafikan oleh 'barua2' dap atas agenda tertentu. apa komen pakar2 spinner spt pak sheikh abuya albuaya alhusyeen, tulang bab!,greenboar dan rottweiler
ReplyDeleteApa yang Haji Hadi utarakan memang xbetoi. Bukan sahaja apa yang Haji Hadi sebut tu merapu, kronologi isu pilihanraya PBT sejak PRU 2008 dulu lagipun menunjukkan Haji Hadi merapu.
DeleteNik Nazmi pun merapu jugak sebabnya seperti komen saya dibawah......
Elok la kalau dibincangkan sekali ketegasan PAS terhadap hudud.
ReplyDeleteNik Nazmi pun mangkok. Keputusan Mahkamah Persekutuan meliputi seluruh Malaysia. Yang menjadi penghalang mengikut mahkamah persekutuan iaoah satu akta perumahan dan kerajaan tempatan. Selagi akta ni xdiubah, sesiapa pun xboleh buat pemilihan PBT.Sekarang boleh ke PKR dan DAP ubah akta itu? Mustahil.....
ReplyDeleteTu pasai saya kata Nik Nazmi cakap merapu!
Sedara Bat8 dah macam kena rasuk dah kalau sesiapa sentuh DAP kalau puji dianggap kawan. Semua orang tak betul, merapulah, mangkuklah sedara saja yang betul. Banyak lagi sedara perlu kaji secara mendalam berkenaan PBT ni. Usah merendahkan orang lain.
ReplyDelete