Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Friday, January 30, 2015

Soalan yang bukan hanya aku saja yang tanya!

'PAS, apa sebenarnya hala tuju kamu?'
1:55PM - 29 Jan 2015

Pemerhati politik berpendapat kepimpinan tertinggi PAS perlu menyatakan secara jelas mengenai hala tuju parti itu terutamanya kedudukan dalam Pakatan Rakyat supaya haluan mereka lebih difahami.

Mereka mempersoalkan mengenai perkara itu ekoran wujudnya perbalahan antara PAS dengan parti komponen dalam Pakatan dan pada masa yang sama parti Islam itu masih mahu berada dalam gabungan pembangkang itu, lapor akhbar Sinar Harian hari ini.

"PAS kena nyatakan dasarnya... hala tujunya ke mana. Sebab sekarang ini tidak jelas. Nampak macam ada perbalahan dengan rakan dalam Pakatan tapi dalam masa yang sama nampak bersama-sama dengan Pakatan untuk menyumbang dan sebagainya.

"Jadi sekarang ini apa sebenarnya hala tuju PAS selepas PRU-13 dan menuju ke PRU-14 nanti,” kata Pensyarah Kanan Pusat Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM) Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani dipetik.

Dalam laporan itu menyebut, Mohd Azizuddin berkata terdapat tiga pilihan untuk PAS ambil bagi menjelaskan pendirian mereka iaiatu sama ada bekerjasama dengan BN, supaya BN boleh dimantapkan atau bersama dengan Pakatan dan menegaskan menolak Umno.

"Ataupun PAS mahu ambil jalan ketiga iaitu tidak memilih kedua-duanya (dengan) menjadi parti yang bergerak sendiri tanpa dalam PR dan juga tanpa dalam BN," Azizuddin lagi.

Laporan itu juga memetik Penganalis Geopolitik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Dr Mohd Fuad Mat Jali bersetuju dengan Mohd Azizuddin dan menegaskan teka-teki PAS hanya boleh dijawab parti tersebut.

'Pakatan longgar'

“Saya rasa masalah PAS untuk kembali bersama Umno atau Umno bersama PAS ini adalah sesuatu yang hanya PAS sahaja boleh jawab. Kerana akhirnya, kalau kita lihat, Pakatan ini adalah satu pakatan yang bukan lemah tapi longgar. Mereka tidak ada ikatan yang kukuh.

"Sebab itu kita lihat mereka tidak boleh ada manifesto yang mantap. Saya kira, PKR dan DAP ini memerlukan undi PAS terutama di kawasan-kawasan Melayu.

"Masalahnya sekarang ini, prinsip dan ideologi PAS tidak selari dengan PKR dan DAP,” Mohd Fuad dilaporkan sebagai berkata.

Dalam laporan itu juga, beliau berkata dalam PAS masih ada kelompok yang tidak mahu bekerjasama dengan Umno, namun sebahagiannya masih ada ruang untuk bersatu dengan Umno.

Mengulas mengenai kerjasama PAS dan Umno di Kelantan, beliau "tidak fikir kerjasama Umno-PAS itu boleh pergi lebih daripada itu sehingga kembali kepada Umno."

"Sebab apa, dalam PAS itu ada puak-puak yang tertentu. Khususnya puak yang dipimpin bawah Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang masih kuat lagi penyatuan ini. Tapi, akhirnya ia terpulang kembali kepada pemimpin PAS,” Mohd Daud dalam laporan itu.

Beliau berpendapat apa yang berlaku di Kelantan ketika ini, PAS mengambil pendekatan menerima bantuan daripada sesiapa sahaja yang boleh membantunya.

10 comments:

  1. PAS nak hancur Pakatan Rakyat dan gabung sama DUMBNO....

    Bebudak Bahalol nak jadi TPM pulak.

    Jadi Menteri dapat Bini Muda dan Bentley.

    ReplyDelete
  2. kah! kah! kah!
    Kangkong punya prof ! Apa jenis kangkong ni?. PAS bukan jenis parti pangang! PAS parti milik org cerdik pandai!
    Setelah PAS wujud selama setengah abad, adakah masuk akal soalan mengenai "hala tuju PAS" ditanya.
    Perlembagaan PAS jelas menentukan hala tuju PAS. Semua ahli PAS mesti baca apa hala tuju dalam perlembagaan parti dan semua memahaminya. Hanya yg bangang dan bodoh sejak dlm telur, yang masih meraba2 mengenai hala tuju PAS.
    Mengenai politik semasa, yg mana sentiasa berubah berdasarkan suasana semasa dan tempat. PAS telah memutuskan bahawa kepimpinan parti semasa berhak untuk menentukan masa depan politik. Namun setiap keputusan mesti disemak selia oleh Majlis Syura PAS.
    Kawe rasa hanya "ejen musuh dalam parti" yg buat2 tidak faham dgn dasar parti ini.
    Jika kita rasa tidak puas hati dgn perlembagaan parti, kita boleh parti sendiri. Kalau kita nak jadi ketua, kita bertanding. Kalau kita nak buat kacau dlm parti, teruskanlah!. Namun ingat! pengacau dlm parti akan dijadikan "sampah kpd sejarah PAS".

    ReplyDelete
  3. Abe

    Akhirnya isu puak UG yang mahu bergabung dengan UMNO akhirnya disahkan wujud oleh 2 pakar diatas.

    Persoalan sebenar ialah kemana halatuju Haji Hadi dan puak UGnya. Bukan kemana halatuju PAS kerana halatuju siasah PAS sehingga hari ini ialah untuk bersama PR s3hinggalah dasar ini diubah melalui satu muktamar lain.

    Persoalan ini penting dijawab oleh Haji Hadi dan puak UGnya . Persoalannya ialah samada Haji Hadi mahu kekal didalam PAS

    ReplyDelete
  4. dgn DAP pun kena tanya jugak "Apa masalah kamu?"

    ReplyDelete
  5. Kemungkinan kalau mcm ni perangai PAS
    PRU 14 cuma Kelantan yg mampu dipertahankan lain2 negeri hancur

    ReplyDelete
  6. salam pak din...
    apa khabar slps banjir...
    persoalan pak din tu,kalau tanya puak PAS yg ala ala konon konon dia shj yg warak dan beriman,mereka akan jawab..

    " kami mencari keredhoan Allah.kalah atau menang bkn matlamat.asalkan perjuangkan Islam "

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anon 2:10

      Pelik dan tak masuk akalkan jawapan puak2 PAS yang taksub m3mbabi buta kepada pemimpin lebih dari perlembagaan parti...m3ngalah taksub geng totok UMNO...

      "kami mencari keredhoan Allah.kalah atau menang bkn matlamat.asalkan perjuangkan Islam "

      Patut ke dia orang setiap tadah karung, tadah tin milo punggut derma semasa ceramah semasa kemp3n pilihanraaya k3mudian buang sahaja duit derma itu kerana matlamat mereka masuk bertanding bukan mahu m3nang.

      Depa guna nama pe4juangan fisabilillah untuk pukau orang derma. Ahli-ahli yang derma tu bukannya orang kaya. Kebanyakan bukan orang senang. Kalau tahu PAS hendak membazirkan duit mereka, lebih baik mereka wat belanja untuk keluarga mereka.

      S3dih k3kadang dengan puak ni....guna nama pe4juangan fisabilillah tapi pi buang duit macam tu je....

      Takkan takleh pikir....macam la masuk pilihaanraya je jalan untuk berdakwah....banyak lagi cara lain kalau tujuan sebenar hendak berdakwah....Geng Tabligh berdakwah juga tapi depa taklah masuk pilihanraya je...

      Apa nama berdakwah melalui pilihanraya....PRU 5 tahun sekali. Takkan PAS puak UG hanya berdakwah 5 tahun sekali.....s3m3ntara tu watpe....dok s3bok memecahb3lah PAS dan rakan2 dalam PR....

      Delete
  7. Suruh le pas kluar biar pasma takeover... Bosan tgk perangai pas ug ni... Nok dok ngan amno silakan... Gi le ampu rosmah tu...

    ReplyDelete
  8. Pasma nak take over?....apa punya cadangan ni....Anwar pun tak mampu la apatah lagi pasma....lucu berul.

    ReplyDelete
  9. Anon 2:10 AM

    Alhamdulillah Pak Din dan keluarga baik saja. Cuma masa banjir tu rumah pakdin jadi pulau.....bekalan makanan tak ada masalah.

    Sekarang ni Pak Din ada di Perak sejak 23 Jan. lagi. dah merata daerah Pak Din jajak. Lumut, Taiping, Sungkai, Ipoh. ni berlabuh di Lumat pulak

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa