Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Saturday, January 31, 2015

Itulah Melayu.......

Senang dibeli
Senang dijadikan alat
Senang naik angin!
Tapi senang diperkotak katikkan......

Peserta dakwa pemaju dalang provokasi
mk - 4:49PM - 30 Jan 2015

Seorang peserta demonstrasi 25 Januari di tapak projek Datum Jelatek mendakwa tindakan ganas yang berlaku dalam kejadian itu berpunca daripada provokasi oleh pihak yang diupah pemaju.

Ariffin Abu Bakar dalam laporan polisnya berkata, beliau juga tidak pernah mengarahkan kumpulan itu untuk bertindak sedemikian.

"Saya ingin menegaskan bahawa saya tidak pernah mengarahkan peserta bertindak ganas pada hari kejadian.

"Saya percaya peserta bantahan aman Datum Jelatek dipengaruhi satu kumpulan yang diupah pemaju bagi membuat provokasi melampau dan menyebabkan peserta demo aman bertindak ganas," laporan polis Ariffin dipetik.

Dalam laporan itu, Ariffin berkata laporan itu bagi menjawab dakwaan pemaju bahawa beliau beliau dan pemimpin demonstrasi tersebut, serta NGO PERKASA bertindak merusuh.

"Saya dimaklumkan bahawa pihak pemaju telah membuat laporan polis menyatakan bahawa saya bersama beberapa pemimpin seperti pengerusi Badan Bertindak Datuk Jelatek Salleh Samad dan PERKASA telah merusuh dan merosakkan harta benda awam," katanya.

Peniaga itu menegaskan, kumpulan beliau yang terdiri daripada penduduk asal Taman Keramat tidak akan bertindak ganas seperti yang dilaporkan.

“Saya percaya dan yakin bahawa kaki penduduk asal Keramat mempunyai disiplin, moral yang tinggi dan tidak akan bertindak keterlaluan jika tiada provokasi melampau,” katanya.

Dalam kenyataannya kepada pemberita, Ariffin berkata beliau mendapati salah seorang daripada anggota kumpulan yang bertindak ganas itu merupakan kakitangan pemaju.

"Kita minta mereka ini keluar dari kawasan itu tetapi mereka enggan.

"Kami syak ada sesuatu yang tidak kena dan pemeriksaan kami mendapati seorang daripada mereka ini sebenarnya bekerja dengan pemaju," kata Ariffin.

Beliau ditemui pemberita selepas membuat aduan di ibu pejabat polis daerah Ampang petang ini.

Menurut Ariffin, beliau melihat sekurang-kurangnya 10 orang menceroboh masuk ke kawasan tapak projek zink penghadang yang memagar kawasan projek itu dirobek.

Pemaju, DatumCorp International menafikan dakwaan itu.

Sementara itu, Salleh (foto) mendakwa mendakwa kempen pemasaran projek itu yang dibuat di Hong Kong tiga tahun lalu jelas mensasarkan untuk menjadikan kawasan itu sebagai "kawasan utama masyarakat Cina”.

Menurut Salleh, kebanjiran warga Cina luar negara dari Hong Kong, Singapura, Indonesia dan Taiwan akan menyebabkan penduduk Melayu di sekitar Datum Jelatek tidak selesa untuk meneruskan hidup berasaskan budaya mereka.

"Kita ada budaya kita. Sekarang orang luar bawa projek yang tak kena dengan kita.

"Sekarang ini apa-apa pembangunan bukan lagi untuk rakyat tetapi sepatutnya bersama rakyat," kata Salleh.

Projek Datum Jelatek adalah projek pembinaan empat blok bangunan kondominium mewah, hotel, pejabat dan pusat beli belah di atas tapak seluas 2.4 hektar bersebelahan stesen LRT Jelatek.

2 comments:

  1. Inilah kerja buat pemimpin melayu yang konon nak tolong majukan bangsa hinggakan kawasan mejoriti melayu pun sudah tidak jadi mejoriti lagi kita lihat nanti satu lagi kawasan melayu akan tergadai bila mana anak cucu cicit bangsa melayu yang dibanggakan oleh pemimpin yang mengaku untuk mempertahankan bangsa agama dan raja ini akan luput ditangah-tengah pusat bandar itulah kampung baru kuala lumpur ,tinggu dan lihat bangsa melayu kampung baru akan kemana selepas segala proses perubahan berlaku .Bangsa pelingkup bangsa. Itulah UMNO dengan kuncu-kuncunya, mereka apa peduli sebab kroni sudah kayaraya. sampai tujuh gerasi pun tidak akan habis harta karun mereka.

    ReplyDelete
  2. Bahalol.

    Muka muka bahalol sama saja , muka tak de duit dan kaki lepak.

    Orang orang Melayu saja....

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa