Sama juga dengan PR
Kalau PAS tak suka dan tak selesa di dalam PR
Belah jer.......
Takyah kepoh-kepoh
Lepas tu nak gaduh-gaduhlah........rakyat tidak akan kisah bila di bahtera yang berbeza
Pergilah PasMa ke parti lain, halau Hadi
mk - 11:00AM - 27 Jan 2015
Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menghalau PasMa - NGO yang digerakkan oleh anggota parti itu - jika tindakan PAS dalam Pakatan Rakyat "bergerak lambat" dalam usaha untuk mencapai kekuasaan di Putrajaya.
Memberi amaran supaya PasMa tidak membocor dan merosakkan 'bahtera' PAS, dengan nada lebih sinis, Hadi mengumpamakan NGO itu sebagai penebuk kapal dan menegaskan perjuangan PAS tidak sama dengan PKR dan DAP.
"Inilah bahtera PAS. Kita dalam Pakatan Rakyat bukanlah dalam bahtera yang sama. PKR bahtera lain, DAP bahtera lain, kena faham.
"Jika ada yang merasakan bahtera ini bergerak perlahan, ada kekurangan, jangan bocor dan rosakkan bahtera ini.
"PasMa ni ibarat mereka yang menebuk kapal. Kalau rasa payah sangat pergilah ke bahtera lain yang kamu suka yang kamu rasakan lebih cepat sampai ke destinasi.
"Pergilah ke kapal DAP, kapal PKR, kalau nak cepat lagi ke Putra Jaya pergilah ke bahtera Umno," kata beliau dalam laman Facebooknya kelmarin.
Ada 3 bahtera dan 3 nakhoda dalam PR. Mana mungkin satu bahtera ada 3 nakhoda. PasMa sudah pun bersedia menghadapi kemungkinan. Mereka sudah dihalau oleh nakhoda kerana cuba menebuk bahtera. Meraka sudah bersedia dengan rakit. Maka berakit-rakit la PasMa dilautan luas menuju ke bahtera yang diimpikan bersama dengan harapan. Selamat berakit pada PasMa.
ReplyDeleteSatu je kemusykilan aku pasai Haji Hadi ni? Dia faham perlembagaan PAS atau dia buta Perl3mbagaan PAS? Dari gaya dia bercakap dia buta perlembagaan PAS. Dia boleh s3but pe4juangan PAS berdasarkan Al Quraan, Sunnah, Ijmak dan Qias. Perlembagaan PAS pun digubal berasaskan 4 perkara ini juga.
DeleteKalau kita t3ngok baik dari 4 sumber ini atau Perlembagaan PAS, tindakan Haji Hadi ini tidak pun nampak berdasarkan 4 s7mber ini atau perlembagaan PAS pun.
Sebenarnya Haji Hadi lupa apabila suruh PasMa join je PKR atau DAP dia bercakap merapu. Setakat ini perjuangan PasMa masih mengikut perjuangan PAS kerana mahu mempertahan PAS didalam PR seperti diputuskan. Yang dok buat kerja hendak bawa PAS keluar dari PR ialah Haji Hadi dan puak UGnya.
Dalam Perlembagaan PAS mana ada peruntukan boleh halau mana-mana ahli yang tidak bersetuju dengan p3mimpin yang melanggar dasar perlembagaan PAS. Yang ada adalah tindakan disiplin apabila ada ahli atau p3mimpin yang melanggar perl3mbagaan PAS. Jika didapati bersalah ahli atau p3mimpin tersebut barulah bol3h dipecat dari parti.
Tu pasai aku kata Haji Hadi ni macam buta perlembagaan PAS. Kalau Presiden dan ahli-ahli PasMa sudah melanggar perlembagaan PAS ( bukan keh3ndak perbadi Haji Hadi), Haji Hadi sebagai Presiden PAS wajib mengarahkan tindakan disiplin diambil keatas mereka mengikut perlembagaan PAS ( bukan mengikut selera peribadi Haji Hadi).
Sebenarnya saranan supaya ahli PasMa memilih bahtera lain selain dari PAS lebih terkena kepada.batang hidung Haji Hadi dan puak UGnya. Dasar rasmi tahaluf siyasi PAS dit3ntang. Perlembagaan PAS dia langgar, dia pakai kepala dia je. Bila bercakap, yang keluar kata-kata yang boleh merosakkan PAS dan PR. Bila bukak mulut, benda yang kita d3ngar seperti benda-benda yang pemimpin UMNO cakap untuk menjahanamkan PR.
Tidsk kah yang patut keluar PAS dan naik bahtera UMNO adalah Haji Hadi dan puak UGnya!
Nakhoda Hadi dah mabuk. Bahtera yang memperjuangkan hasrat Islam dan rakyat, cuba dialih haluannya kepada lautan api kebangsaan yang assabiyah. Kalau nakhoda tak diubah, rakit pun rakitlah asalkan tak terjun ke lautan api.
ReplyDeletePada aku Hadi dan UG seperti lelaki di bawah.
ReplyDeleteDi dalam Mikhtashar Minhaj al Qosidhin disebut satu riwayat sebuah kisah, ada satu pokok yang sering disembah oleh penduduk kampung. Maka ada seorang lelaki mengatakan,”Aku akan tebang pokok itu yang telah menyebabkan ramai manusia menjadi syirik”. Lelaki itu pun mengambil kapak dan pergi ke pokok tersebut untuk menebangnya.
Syaitan yang menyerupai manusia menunggu di pokok itu dan berkata,”Apa yang kau ingin lakukan ?" Lelaki itu menjawab,’Aku ingin tebang pokok ini. Ramai telah syirik kerana menyembah pokok ini". Syaitan itu berkata, "Aku akan menghalang kamu. Kamu perlu mengalahkan aku untuk menebang pokok ini".
Lalu terjadilah pergelutan dan lelaki itu berjaya mencekik syaitan yang menyerupai manusia itu. Syaitan berkata, "Aku mengaku kalah dan kau boleh tebang pokok ini. Tetapi dengar dulu cadangan aku. Kau tidak akan dapat apa-apa faedah pun jika kau tebang pokok ini. Orang kampung akan cari pokok lain untuk mereka sembah. Jika kau setuju untuk tidak tebang pokok ini, aku akan berikan dua dinar di bawah bantal kau pada setiap pagi." Lelaki itu bersetuju dengan tawaran tersebut.
Pada keesokan harinya dia mendapati ada dua dinar dari bawah bantalnya. Kemudian pada esok harinya lagi dia tengok tidak ada dua dinar seperti yang dijanjikan. Lelaki itu merasa marah lalu mengambil kapak dan pergi untuk tebang pokok itu. Setiba di pokok itu, syaitan telah sedia menunggu. ”Apa yang kau ingin lakukan ?". Lelaki itu menjawab,’Aku nak tebang pokok ini. Hari ini tidak ada 2 dinar seperti yang kau janjikan. Kau telah tipu aku". Syaitan itu berkata, "Aku akan menghalang kamu. Kamu perlu mengalahkan aku untuk tebang pokok ini".
Lalu terjadilah pergelutan dan kali ini lelaki itu kalah, syaitan telah berjaya mencekik lelaki itu" Syaitan berkata,”Tahukah kamu siapa aku?" Syaitan memberitahu dia sebenarnya adalah syaitan". Lelaki itu bertanya, mengapa hari itu aku dapat kalahkan kau tetapi kali ini aku tidak dapat kalahkan kau?" Syaitan menjawab, "Kali pertama kau datang, niat kau ikhlas semata-mata kerana Allah sehingga aku tidak berdaya mengalahkan kau. Tetapi kali ini kau datang kerana kau marah tidak dapat dua dinar dan apabila kau tidak ikhlas kerana Allah maka aku berjaya mengalahkan kau".
So nak cekik ke Nakhoda ni ? Khi khi khi.
DeleteKalau kapal lanun, kasi jalan atas papan... cara demokrasi melalui pemilihan agung tahun ini.
Deleteaku setuju tu carilah bahtera mana yang sesuai,sebab nakhoda pas dah maran itu belum ada awak2 dia marah lagi.jika dfikirkan lebih baik ada bahtera sendiri,ikutsuka nak karam ka nak berlabuh tak turun sauh ka wat apa saja janji tak susah bahtera pas.kalau pasma ada bahtera sendiri aku pun nak cuba duduk dalam bahtera tu,mesri hebat sebab baru.kalau macam ni punya tuan bahtera jangan salahkan penumpang yang bukan islam tak naik bahtera pas nanti.jangan sombong!HEBAT SANGAT KA?
ReplyDeleteRakyat mana suka pemimpin bahalol jenis gagal...???
ReplyDeletePAS & PasMa sebaik nya di bubar dari terus membahalol kan bangsa Melayu...
Gagal dan tiada nilai ekonomi , menjadi contoh burok kepada orang orang Melayu yang taksub dengan PAS.
Bahalol saja.
Phahrolrozi akan jadi nakhoda kepada sebuah rakit kerana tak mampu membina bahtera buat masa sekarang. Berakit-rakit lah PasMa mencari modal untuk membina bahtera idaman.
ReplyDeleteBanding karam dgn bahtera nakhoda mabuk assabiyah, lebih baik berakit untuk teruskan perjuangan untuk Islam dan rakyat.
DeleteAnom 11:56,
ReplyDeleteSyaitan tidak berupaya mencekik manusia walaupun dia menyerupai manusia dan manusia pun sama tidak boleh mencekik syaitan. Melainkan manusia yang dirasuk syaitan. Takkan nak cekik pulak manusia yang dalam kerasutan. Sebaliknya kita kena membaca ayat-ayat Al-Quran kerana itu saja ketakutan buat musuh nyata manusia.
Cerita sedara diatas tiada kaitan dengan langsung dengan TGHH. Kalau sedara nak tahu cara macamana nak cekik syaitan lebih baik sedara tanya TGHH.
Saya sokong sdra. Kalau nak tahu macamana nak cekik syaitan lebih baik sedara tanya TGHH. Tapi kalau nak tahu macamana nak buat roket nak pi ke angkasa lepas, jangan tanya TGHH, waoaupun dia mengaku pakar. Sebabnya manusia hari ini hanya pakar dalam bidang yang dia yang dia belajar dan praktik, bukan macam ulamak-ulamak hebat masa silam. Dunia hari ini, kena saling bekerjasama...saling kuat menguat.
DeleteKisah terkenal tu utk kiasan bagaimana seorg yg ikhlas berjuang utk Islam boleh dipatahkan dgn harta dunia. Tak timbulpun isu sama ada syaitan boleh cekik manusia ataupun tidak... yg dipentingkan adalah nilai kisah itu boleh terjadi sempadan kepada semua pejuang Islam agar berprinsip dan teguh pada perjuangan dari mengharap imbuhan dunia.
DeleteBoleh ke bawa sekali perjuangan Islam apabila PasMa berakit-rakit dan cuba mendekati bahtera DAP? Nak letak bawah rakit pun DAP tak restu. Tak payah la nak dibawa perjuangan Islam tu dikhuatiri nanti akan dihalau, melainkan PasMa tinggal kan saja perjuangan Islam tu bersama bahtera PAS dan perjuangkanlah sosialisma. Pasti PasMa akan disanjung.
ReplyDeleteAnon 3:22
DeleteHang ni orang PAS ke UMNO? Kalau UMNO, Xheran la.
Kalau PAS, elok je keluar PAS sebab hang tak tahu aoa pasai PAS. Baik pi join Perkasa atau ISMA.
3.22 Hang umno toksah dok bising di sini. Riak saja dah nampak umnonya.
ReplyDeletePas dulupun asalnya berakit2 jugaklah dr umno. Tapi berjaya juga. Erdogan pun berakit juga dr Pas Turki, tapi berjaya juga akhirnya sehingga ke tahta presiden turki malah Islam kian subur di sana. Tu yang buat hadi lemas perut sebab golongan profesional Islam merajui turki sedangan golongan ulama jadi parti cap ayam sahaja selepas erdogan blah.
Sedara-sedara,
ReplyDeleteSaya memang ahli PAS seumur hidup selagi PAS memperjuangkan dan memartabatkan Islam yang menjadi teras kekuatan PAS dari dulu hingga kini. Selagi ada pemimpin Islam yang bercakap, mempertahan dan memperjuangkan syiar Islam maka disitulah saya berdiri.
Saya dah lama dalam PAS. Adun dan MP pun PAS ditempat saya. Boleh dikatakan setiap Jumaat mereka berada diatas mimbar membaca khutbah dan memgimamkan solat Jumaat dan solat hajat. Saya kagum dengan mereka. UMNO dan PKR tidak mampu mempunyai pemimpin macam ni.