Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Monday, January 19, 2015

Kit Siang bikin Zahid berpeluh lagi!

Apa rahsia besar itu, Kit Siang soal kabinet
mk - 8:54PM - 18 Jan 2015
Pemimpin popular DAP Lim Kit Siang menggesa kerajaan berterus terang bagi pihak Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Zahid Hamidi berhubung projek keselamatan negara antara pihaknya dan 'raja judi' Paul Phua.

Tuntutan itu dibuat selepas Zahid enggan mendedahkan perkara itu atas alasan “rahsia besar” bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA) 1972.

“Kabinet – pada Rabu ini – patut pegang teguh prinsip urus tadbir baik dan telus dan menukar status berhubung maklumat 'projek keselamatan negara' melibatkan individu didakwa raja judi Paul Phua, yang mana polis tidak tahu menahu berhubung perkara itu.

“Kabinet patut biarkan rakyat Malaysia tahu sama ada terdapat 'projek keselamatan negara' melibatkan Phua sebelum ini, berapa banyak semuanya dan kenapa polis tidak tahu menahu,” kata Lim.

Zahid mencetuskan konservatif selepas suratnya bertarikh 18 Disember tahun lalu kepada Biro Siasatan Persekutuan (FBI), Amerika Syarikat didedah.

Dalam surat itu, Phua dikatakan membantu kerajaan Malaysia dalam projek “keselamatan negara”.

5 comments:

  1. Paul Phua adalah 'raja judi' yg juga merupakan lubuk emas, mana boleh diceritakan pd umum peranannya. Ianya adalah dlm kategori STRICTLY CONFIDENTIAL.

    ReplyDelete
  2. Budak Bahalol tetiba jadi kaya ber gaya , mesti ada orang kasi makan kenyang lahap.

    Kit Siang hanya nak rakyat tak di kencing bebudak bahalol. Itu saja.

    ReplyDelete
  3. Anak bagi bapa ayam jaga..bini bagi perogol duduk sebilik..KDN Malaysia bagi Paul Phua projek keselamatan negara...punoh Malaysia bawah amno...

    ReplyDelete
  4. PUCUNG punya manusia tak takut masuk nereka. Jangan fikir cara kaya dijalan salah membawa kita ke seroga. Nanti kamu terima akibatnya..ya ALLAH makbulkan lah doa rakyat malaysia.

    ReplyDelete
  5. Malang sungguh rakyat. Keselamatan negara dijaga oleh raja judi..agaknya ada lagi ' raja' lain yang membantu Zahid dalam hal keselamatan negara.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa